Skip to main content

Posts

apa kabar cinta?

Apa kabar cinta? Teringat ku akan dirimu Itu yang telah kau ucap Sangat ku terasa ayapan bayu asy-syauq Apa kabar cinta? Aku di sini sihat sejahtera Di subuh tua aku bersandar Seperti itu sejarah hidupku Apa kabar cinta? Ingin sekali ku dengar kabarmu Buat mengubat hati Yang merindu beringin pesona Yang menanti pawana asmara Apa kabar cinta? Ikhlas dari hati aku bertanya Semoga kau mendengar Walau kau nun jauh di sana Apa kabar cinta? Ingin ku sampaikan lewat suara ombak Terima kasih sayangku yang tak terbilang Kerana kau sumber inspirasiku

jahat

Jahat.. Mungkin itu sekadar nama Aku jahat, engkau jahat Kita semua jahat Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Dalam aku menjadi jahat Aku menipu semua orang Aku tipu cikgu, kawan Aku tipu diri sendiri Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Sejahat-jahat aku Aku tahu aku sedar Aku pernah jadi jahat Aku mahu kembali ke jalan yang benar Adakah kau pun begitu? Aku mencari sirna itu Citra bianglala senja menyelinap ke kamar hati Aku mahu itu Aku damba keredhaanNYA Namun aku jahat Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Keluar dari kubu persembunyianmu Buka topeng buatan tanganmu Untuk apa kau bersandiwara? Aku jahat, engkau jahat Aku akui itu Aku harap kau juga mengaku.

di sebalik ada

Ada urna di sebalik kaca Ada senyum di sebalik airmata Ada sirna di sebalik gelita Ada nuansa di sebalik bah Ada suara di sebalik siulan Ada suara di sebalik sang pawana Ada cahaya di sebalik sang pemuja Ada getar di sebalik bianglala Ada doa di sebalik segara Ada ilham di sebalik aku Ada puisi di sebalik kamu

bola

Andai aku sebiji bola Apakah yang mungkin ku rasa? Pasti ku bahagia Menjadi teman anak comel Dia asyik melambung bolanya Melambung ibarat itu adalah puncak kebahagian Aku dibuai di dalam permainannya di setiap senja Sungguh anak itu pintar Lambungannya kuat Namun seringkali dia berjaya menangkap diriku Aku asyik dengan keseronokkan yang dikongsi bersama Sedang dia melambung tinggi Suara ibunya memanggil pulang Oleh kerana terkejut, aku dilupa untuk ditangkap Lalu aku terjatuh ke dalam kolam Ku lihat anak itu hanya membiarkan aku pergi Aku jadi kaget Tiada haluan, dibiar sendiri Terapung-apung mencari tujuan Jika engkau membaca bait-bait yang lahir dari hati Kau akan sedari Aku di sini telah menanti Namun aku tidak mungkin terus menanti

Serunai

Saat ini Ku tahu arah rinduku Sedang aku masih merindu Adakah dia pun begitu? Serunai biru melagukan irama sendu Aku hanya mampu melakar bait-bait Yang lahir dari sanubari Aku tak pantas dicintai Atau dia yang tidak patut menadah kasih Bosan aku dengan keliru Sungguh buat aku terfikir-fikir Hidup suatu pengembaraan singkat Andai aku membuang masa Baik aku teruskan perjuanganku Untuk apa aku terus menagih Memendam rasa, meminta simpati Bangun dari tidur lalu bertahajud Itu yang sebaik langkah yang patut ku atur

benarkah malu tersesat jalan?

bila rindu menjengah diri. hati berbisik dialah haluanmu namun minda bersuara pilihlah dia yang dapat lebih gagah yang itu hanya dapat membahagiakan jiwa, bukan mata namun hati menentang apa dihirau nasib si matajika hati tidak damai... ah.. aku keliru antara dia yang menyanjungi dan dia yang mengerti aku dibuai ke selatan ke utara ke mana harus ku tentang? berikan hambamu ini petunjuk Ya Allah ya Rabbi namun bukankah in bermakna diriku hangat. hingga bisa membuat dua jejaka terpikat tapi apa seronoknya hidup disekat di dalam dilemma yang amat berat solat istikharag telah ku buat namun hati masih terjerat hidup penuh tanda tanya kenapa ini harus ku dapat? apa sahaja yang telah ku dekat? hingga ini balasan tuhan hamba kerdil mengharap ihsan sedihnya cinta tidak bisa dikongsi andaikata dapat ku berlaku adil, akan aku tabur rasa sayang yang ikhlas pada keduanya. namun aku takut perasaanku disangsi maklumlah ku tentang fitrah insani mereka pasti tidak mengerti niat ikhlas dalam hati apapun...

aku dan mimpi

andai suria seindah rembulan andai siang seindah malam andai apa yang aku impikan jadi milikku aku pasti sedang bermimpi suatu hari nanti aku percaya dia akan datang padaku memberi semangkuk harapan dan aku akan berada di dakapannya dan aku pasti itu adalah mimpiku suatu hari nanti aku bukan lagi yang sekarang ini aku ibarat ubat paracetamol aku bak alat kelui aku umpama kad kredit aku terlalu penting bagi semua dan aku pasti itu adalah mimpiku andai semuanya di dalam genggamanku andai dia jadi milikku andai aku jejak darjat mardiyyah aku berdoa semoga aku bukan lagi bermimpi