Skip to main content

Posts

kisah dia yang bernama sahabat

Sesungguhnya aku tidak mengerti kenapa diri dijauhi. Rasa bersalah menapak di dada. Kenapa? Aku sendiri menjawab diam. Dia membisu, begitu juga aku. Bilang sahaja padaku.. tiada salahnya. Jika benar aku telah melukakan hatinya, kenapa tidak dia berterus-terang sahaja? Yang penting, aku sudah hidangkan kekata ampun. Hanya tinggal urusan dia dan DIA sahaja..

kisah tentang pujian

Bukankah setiap insan layak menjamah ayapan puji? Ah.. aku berterusan tidak mengerti kenapa diri ini dikesampingkan. Bukan aku tidak bagus, bukan aku tidak setanding, bukan aku tidak upaya.. Cuma nasib menyendeng kepadanya. Benci aku pada peristiwa tadi. Sanggang fikiran mengalir bak tali arus. Bunga ilham puas aku mengentas. Namun tiada pangan kesima yang aku cicah dari rautnya. Atau adakah aku yang sentiasa menagih pujian? Bukankah itu yang sentiasa diharapkan oleh setiap manusia? Jadi bukan salahku. Tetapi salahmu! Sudah ku lakukan yang terbaik, namun masih engkau menghembus bayu bangga padanya yang sepatutnya mengheningkan sahara jiwa milikku. Ah.. aku terlalu kecewa.

madah pesona rindu

Tatkala sang pesona cinta melirik manja, aku terkapai mengejar pendayung yang semakin jauh. Puas aku berenang, menolak segala ombak yang datang menerjah. Tapi kaki ku letih, lalu aku terdampar sendirian di sini. Puas aku berdoa supaya ada engkau datang kembali, namun aku masih lagi sendiri. Kemana hilangnya kekasih hati? Di dalam mimpi aku mencari. Namun lewat tengah malam aku menjerit. Suaraku tenggelam ditelan sang gelita. Kembalikan pawana asmara padaku. Ubati hati rindu sendu. Cinta musafir tatkala tandus. Rayuan bujukan sudah ku hembus. Menunggu kau tiba agar bebunga kasih kembali memekar. Mengindah taman hati yang sering gundah.
api semangat yang membakar sewaktu bertekad mahu menulis tiba-tiba terpadam. suatu tamparan hebat masih tersisa kesannya. namun entah kenapa tiba-tiba hari ini aku kembali ditiup sebuah pawana kembara, maka segara penulisan kembali bergelombang dengan pancutan tunas fikiran.
"eh.. awak Faiq ke?" "iya. jadi awak ni Fatiya?" "salam berkenalan. maaf ya, saya ada hal sedikit. saya harus pergi sekarang. jumpa di chatroom sahaja malam ni ya?" Faiq mengangguk. Fatiya menguntum senyuman. Senyuman itu umpama mimpi bagi Faiq. Sekian lama dia menanti saat untuk bertemu dengan gadis alam mayanya, akhirnya impian itu tercapai. Fatiya merasa serba salah. Aku tidak mahu bertemu dia lagi.., bisik benaknya. Kasihan lelaki itu. Pasti dia akan menantikan aku setiap saat. Ah.. peduli lah. Ini adalah pertemuan yang pertama dan terakhir antara kita.

apa kabar cinta?

Apa kabar cinta? Teringat ku akan dirimu Itu yang telah kau ucap Sangat ku terasa ayapan bayu asy-syauq Apa kabar cinta? Aku di sini sihat sejahtera Di subuh tua aku bersandar Seperti itu sejarah hidupku Apa kabar cinta? Ingin sekali ku dengar kabarmu Buat mengubat hati Yang merindu beringin pesona Yang menanti pawana asmara Apa kabar cinta? Ikhlas dari hati aku bertanya Semoga kau mendengar Walau kau nun jauh di sana Apa kabar cinta? Ingin ku sampaikan lewat suara ombak Terima kasih sayangku yang tak terbilang Kerana kau sumber inspirasiku

jahat

Jahat.. Mungkin itu sekadar nama Aku jahat, engkau jahat Kita semua jahat Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Dalam aku menjadi jahat Aku menipu semua orang Aku tipu cikgu, kawan Aku tipu diri sendiri Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Sejahat-jahat aku Aku tahu aku sedar Aku pernah jadi jahat Aku mahu kembali ke jalan yang benar Adakah kau pun begitu? Aku mencari sirna itu Citra bianglala senja menyelinap ke kamar hati Aku mahu itu Aku damba keredhaanNYA Namun aku jahat Aku akui itu Adakah kau pun begitu? Keluar dari kubu persembunyianmu Buka topeng buatan tanganmu Untuk apa kau bersandiwara? Aku jahat, engkau jahat Aku akui itu Aku harap kau juga mengaku.