Skip to main content

Posts

pulang ke teratak... ah! sangat teruja. rindu yang meronta kembali tenang saat terpandang wajah bonda dan ayahanda. lebih menarik ibtisam hingga ke telinga ialah hadiah ulang tahun yang diberikan dari ayahanda. camera casio exilim ex-z70 berwarna hitam benar-benar menceriakan hari-hariku di sini... terima kasih ayah!!
majlis meraikan tamatnya peperiksaan dan kertas kerja di semester ini baru sahaja berlalu tadi sore. seronok bersatu dengan kepenatan. ditambah pula berlangsung jua majlis meraikan keputrianku tadi. ah! begitu berat rasanya mahu melepaskan hari ini begitu sahaja. (terima kasih zali, syatillah dan ara yang menjadi ahli urus setia)....
selamat hari lahir pada diriku!!! alhamdulillah, Allah mengizinkan diri ini menghirup nafas khalifah selama 20 tahun. tidak terduga begitu cepat masa berlalu. walau sudah mencecah usia yang matang ini, aku masih percaya bahawa aku masih lagi 'daddy's girl'. ayah, mother dan awi, seuntai terima kasih aku persembahkan pada kalian kerana membawaku jauh terbang ke dunia realiti yang tidak pernah membosankan. kepada sekalian taulan, sejak yang ku kenali dari zaman tadika hingga ke peringkat menara gading ini, kalian adalah penyeri hidupku. sonder kalian, siapa lah diri ini. kalian membantu diri menjadi lebih matang dan menghargai kehidupan. ah! terlalu ribuan terima kasih ingin ku gubah di sini untuk sekalian insan di dalam hidupku ini. akhir kalam, selamat tinggal angka belasan dan selamat datang angka dua puluhan....
diri sibuk membilang hari-hari terakhir bergelar gadis 19 tahun. hahaha. rasa tidak percaya angka dua puluh bakal dinobatkan di dalam hidup ini. rasa belum cukup sempurna untuk menyandang usia itu. ah.. tinggal 2 hari lagi! hanya tinggal detik ini sahaja aku mampu aku garap dan hargai. begitu pantas masa berlalu. doaku agar aku sempat menikmati usia 20 tahun dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan..... SUNGGUH AKU MASIH TIDAK PERCAYA AKU BAKAL TUA!!!!
saat mentari menegak di atas kepala, talian telefon menyatukan kisah kasih antara aku dan mother. kisah mother bermacam-macam. aku terima setiap butir peluru katanya. ada dua kisah yang ingin ku kongsikan di sini. pertama, kisah ayah yang hampir diberhentikan kerjanya. kerisauan menjadi teman hati beberapa hari kebelakangan ini. namun berita dari mother merupakan sebuah kelegaan yang tidak terhingga. sungguh terasa amannya apabila mengetahui ayah selamat dari dipecat. kedua, mengenai neng. neng tewas lagi di dalam samudera peperiksaannya. aku tidak menjadi saksi. namun kali ini, walidaini begitu redha sekali. neng bakal dihantarkan ke sekolah kemahiran. ah! memang itu patut sekali dilakukan. neng seorang perwira yang bijak dan rajin. mungkin ini adalah yang terbaik untuknya...
Bunyi Biola dan Airmata sunyi menjadi teman pedih hati. lumpuh biola terus membawa haiku sayu. tidak yakin? itu suara bodoh. umpama Mansur Syah mengawal Siti Sara berlakon pedagang? sonder masalah asalkan delima iman kau dihulurkan arakian lerai airmata.
shh.. ini suatu rahsia. aku adalah seorang yang kuat cemburu dan sukakan kesempurnaan. maksudnya di sini, i am a perfectionist. aku mahu semua yang terbaik adalah milikku, bukan orang lain. maka pagi ini, aku terbaca tentang cerpen seorang sahabat yang juga menumpang teduh di bumi ini untuk menimba ilmu. cerpennya tersiar di muka akhbar di tanah airku. entah kenapa meresap aura cemburu masuk ke dalam lubuk hati. hey.. bertenang! kau juga pernah menghantar cerpen ke akhbar bukan?? tapi cerpennya lebih baik dariku. hingga pengelola mengatakan isunya sesuatu yang lain dari yang lain. hey!! bukankah aku juga lain dari yang lain??? melihat Singapore Flyer dari sudut Islam!!! bertenang aisya!!! tidak mengapa, bagi yang di luar sana, nantikan cerpenku yang bakal tersiar di Dewan Siswa Januari depan! nantikan ya....