Skip to main content

Posts

lantai panggung itu sunyi, iya.. ia patut begitu. manira beriringan. neng sama kanda, bisu juga bicaranya. mengapa? soalan kami sama. biar sahaja... bicarakan apa sahaja titah buana neng sama kanda manira terus kedu kelu keliru ...
"sudahlah. kini giliran duyung pula yang bersembunyi. tapi hati-hati ya. duyung tidak sebijak aku bila bersembunyi." senda ikan badut. duyung juga terkerisin, tahu bahawa ikan itu kerap mengusiknya. sedang duyung pergi bersembunyi, dia disapa sang jerung buas. ah... benci sekali dia menatap wajah jerung itu. "apa kau buat di sini duyung? bukankah kau tahu yang engkau adalah milikku. pergi engkau pulang dan jangan bermain dengan ikan badut bodoh itu!" duyung membisu. sudahlah bermuka tebal mengatakan duyung adalah miliknya, lagi mahu dikata pula teman karibnya itu bodoh. jerung jahanam ini sudah melampau. sudahnya jerung itu menarik duyung untuk pergi. ikan badut saksi segalanya, namun dia juga tidak mampu melakukan apa-apa. duyung meronta tetapi ternyata jerung lebih hebat tenaganya. siripnya pedih ketika dia asyik menampar-nampar jerung dengan ekornya. tanpa disangka, muncul sang lelumba. ikan lumba-lumba itu menarik kembali duyung. maka ada pergelutan di situ. jer...
“Wahai asmara dewi, adinda masih sendiri?” gema suara Arjuna Kencana disahut deru ombak. Kemuning Seri membatu. Pawana senja menjadi teman jiwa lara. Arjuna Kencana menanti jawapan. Sunyi. “Walang adinda puspita punya penawarnya. Biar kanda sahaja yang mengubati.” sunyi lagi. Kemuning Seri membalas dengan ibtisam halus. Dicampur sekali dengan kerlingan tipis. Hatinya hanya pada Andika Satria. Untuk memanjakan jiwa, dilemparkan pandangan ke tengah segara. Ombak itu sahaja yang mengerti perasaan hati. Mengapa dia diikat dengan Andika Satria? Sedangkan nakhoda itu tidak pernah punya perasaan padanya. Wa’ima mereka telah dinikahkan, Andika Satria tidak pernah menyentuhnya hatta ke hari ini. Di hadapannya sekarang, Arjuna Kencana. Walhal pemuda ini sentiasa menagih kasihnya. Ah... Kemuning Seri bermuram durja. Lalu disisipkan pesannya pada desir pawana, “Wahai kekanda Andika Satria, dengarlah kanda suara adinda...”
Darah mengalir dari sisi bibir dan badannya sudah mulai kebah. Tia tidak mampu menjerit, meminta tolong. Jika itu bahagia buatnya, maka Tia sanggup lakukan apa sahaja. Bengkak dan rontaan Tia bak melodi indah yang menyusup ke telinga Chem. Demi Andy, Chem terlalu geram terhadap Tia. Andy adalah miliknya, bukan yang lain. Walhal Tia juga berpendapat yang serupa. Andy resah mencari suriram hatinya. Tia menghilang tanpa berita. Panggilan dari Chem pula yang senantiasa diterima. Tidak, hatinya sudah berhenti mencari Chem. Kini atmanya hanya untuk Tia. Akhirnya panggilan buat Tia terjawab. “Dear, where are you now?” ringkas pertanyaan Andy. Sunyi pula di hujung talian. Gulananya semakin menjadi. Diulangi memanggil nama Tia. Akhirnya terdengar suara lemah Tia. Andy kaget apabila Tia bersuara, “Sayang, tolong I.....”
sang ratna sari menatap satria dengan pandangan yang menikam. "eh, baginda lagi di sini pada saat matahari tegak di atas jemala?" akal mencongak jawapan sendiri. ratna sari sedar yang satria juga sedar yang dia hadir pada pesta itu. satria bersembunyi, begitu juga ratna sari. saat ratna sari bersendiri, menanti puspita kemboja melangsaikan hutang pada diri, jemala kembali mengusik manja.. hey ratna sari, ingatkah dikau dengan kalimat satria pujangga itu? "aku inginkan kau jadi permaisuriku." ratna sari terkerisin. benar katamu wahai suara hati. satria itu acapkali menerjah dengan pertanyaan tiada jawapan. dan setiap kali itu juga ratna sari akan berdalih. fi'il satria itu sudah ditenung dalam mangkuk air. ah.. aku tidak akan terkesima. lihat sahaja satria pujangga itu kini, baginda berlenang dengan suriram hati. sedangkan ratna sari bahagia dalam sendiri.
mengintai keindahan alam.. ah! terasa nikmat yang bukan dibuat2. memori bercanda di pasiran pantai bersama sahabat terlalu zalim untuk dilupakan. keseronokan kami tidak tergambar dengan kata-kata. segala kemusuhan terhapus untuk satu hari ini. entah hilang kemana segala kepenatan. apatah lagi melihat kedamaian laut dari pantai teluk kemang.. isy.. terlalu aku hargai pengalaman sebegini. tidak pernah aku membayangkan, ke negara orang, berkelah bersama orang-orang di sana. asyik sekali pengalaman ini.. terasa juga diri ini kerdil berbanding dengan taulan yang sangat mandiri apabila disuruh melakukan itu dan ini. lihat saja cara mereka memanggang ayam. wah.. jika aku bersendirian, tidak mungkin ayam itu masak!! walaupun aku tidak turun ke laut, melihat teman-teman yang kuyup bermandi air masin sangat menyeronokkan. aku seronok memerhatikan.. dari pandangan seorang musafir. isy... sekali lagi, aku panjatkan syukur pada ilahi kerana berpeluang nikmati pengalaman yang tidak pernah aku bayang...
K : aku mendambakannya. A : mengapa dengan kau ini? bukankah kita sudah ikrarkan untuk hapuskan dia? K : iya.. aku tahu dan aku sedar. namun aku terlalu mendambakannya. yang bersalah di sini ialah M. bukan aku! M : kau salahkan aku pula? aku hanya menuruti kehendakmu. A juga tidak mengatakan selanjutnya, maka aku berkonklusi bahawa ia juga meredai... K : hah?! terbukti jelas bahawa kau, A juga terpaksa tunduk kerana aku! A : baiklah.. aku akui semua itu. bagaimana ya untuk kita hapuskan dia dari dirinya? M : aku lari darinya! A : engkau tegar? sedangkan kau hanya menuruti titahku dan titah K. M : ya.. aku berani. jika kau berdua masih lagi tidak mampu mengawal taklukanmu. diam. dia masih mengekori... atau aku yang mengekori?