Skip to main content

Posts

Itu melodi ini Malam sunyi sekali lagi sepi Melodi itu mengiring sunyi Maka sunyi menjadi melodi Adakah aku keliru? Keliru itu sememangnya aku. Dalam aku punca keliru Maka melodi menjadi aku Dan siapa pula kamu? Oh… kamu adalah sunyi. Oleh kerana sunyi dan melodi bersatu Maka perpisahan adalah aku dan kamu.
bayu petang itu lembut berhembus. suri, gadis manis mengintai bianglala lewat jendela kayu terataknya. di sampingnya, punya potret seorang satria. itu impiannya. itu harapannya. satria gagah itu punya aura yang terlalu istimewa, hingga tak lalu makan suri dibuatnya, hingga tak kenyang lena suri jadinya. Ah.. suri terlalu mengagumi satria itu. namun tahu dirinya tidak mampu menggapai bintang. bagaimana ya harus suri nyatakan pada segara? tahu mahunya pada sang satria, namun tahu angannya takkan sampai. jadi, sudahnya suri berdiam diri. merenung satria dari jauh, sudah azmat nikmatnya. iya, suri terpaksa menyeksa diri. untuk apa diharap pada yang mungkin digarapi.
jemala sentiasa terukir ilham tatkala malam menyahut buana. puspita sari masih ditemani bayu gelita walau seperut teratak sudah melangkah ke alam mimpi. berteman kalbu yang pedih, puspita sari mengukir rasa pada pasir putih. mungkin merah terlalu garang, maka sang puspita menjadi sayu. tidak diketahui pada musykilnya..iya, puspita terlalu hiba. aduka pujangga memang bukan miliknya, namun sonder sekali mahu menerimanya. sang puspita terlalu hiba. ingin sekali dia berlari merentas samudera, melawan buas pawana. asalkan sakit di nubarinya lekas sembuh. lakrinya terlalu erat.. tangisan tersangat sepi. wahai puspita sari, buangkan aduka pujangga jauh-jauh dari jiwamu!
Puspa kemboja membisu. Malam itu, dia melantik bayu malam menemani rindu kasmarannya. Pertemuan pertama dengan sang arjuna satria, entah kenapa lekat erat di jemala. Arjuna bercanda ria sekali, lantas hati jadi terpaut. Pada fikirannya, arjuna cuba bermesra. Namun langkah tarinya tersekat. apa puncanya, dia juga terpinga. Andai tentangan mata itu diulang lagi, pasti sang puspa kemboja tidak mahu memeluk tubuh lagi. Kali ini, biar dia bersuara. Biar dia memecah ruyung, asalkan keyakinan sagu yang merah menjadi absah. Tuai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.
lantai panggung itu sunyi, iya.. ia patut begitu. manira beriringan. neng sama kanda, bisu juga bicaranya. mengapa? soalan kami sama. biar sahaja... bicarakan apa sahaja titah buana neng sama kanda manira terus kedu kelu keliru ...
"sudahlah. kini giliran duyung pula yang bersembunyi. tapi hati-hati ya. duyung tidak sebijak aku bila bersembunyi." senda ikan badut. duyung juga terkerisin, tahu bahawa ikan itu kerap mengusiknya. sedang duyung pergi bersembunyi, dia disapa sang jerung buas. ah... benci sekali dia menatap wajah jerung itu. "apa kau buat di sini duyung? bukankah kau tahu yang engkau adalah milikku. pergi engkau pulang dan jangan bermain dengan ikan badut bodoh itu!" duyung membisu. sudahlah bermuka tebal mengatakan duyung adalah miliknya, lagi mahu dikata pula teman karibnya itu bodoh. jerung jahanam ini sudah melampau. sudahnya jerung itu menarik duyung untuk pergi. ikan badut saksi segalanya, namun dia juga tidak mampu melakukan apa-apa. duyung meronta tetapi ternyata jerung lebih hebat tenaganya. siripnya pedih ketika dia asyik menampar-nampar jerung dengan ekornya. tanpa disangka, muncul sang lelumba. ikan lumba-lumba itu menarik kembali duyung. maka ada pergelutan di situ. jer...
“Wahai asmara dewi, adinda masih sendiri?” gema suara Arjuna Kencana disahut deru ombak. Kemuning Seri membatu. Pawana senja menjadi teman jiwa lara. Arjuna Kencana menanti jawapan. Sunyi. “Walang adinda puspita punya penawarnya. Biar kanda sahaja yang mengubati.” sunyi lagi. Kemuning Seri membalas dengan ibtisam halus. Dicampur sekali dengan kerlingan tipis. Hatinya hanya pada Andika Satria. Untuk memanjakan jiwa, dilemparkan pandangan ke tengah segara. Ombak itu sahaja yang mengerti perasaan hati. Mengapa dia diikat dengan Andika Satria? Sedangkan nakhoda itu tidak pernah punya perasaan padanya. Wa’ima mereka telah dinikahkan, Andika Satria tidak pernah menyentuhnya hatta ke hari ini. Di hadapannya sekarang, Arjuna Kencana. Walhal pemuda ini sentiasa menagih kasihnya. Ah... Kemuning Seri bermuram durja. Lalu disisipkan pesannya pada desir pawana, “Wahai kekanda Andika Satria, dengarlah kanda suara adinda...”