Skip to main content

Posts

bagaimana harus berkongsi rasa jika ternyata semuanya berbaur dan hilang dalam sekelip mata? suka bila ada yang menggembira, teruja bila ada yang mengajak, sedih bila muncul tanpa sedar. ah! segalanya berbaur. mahu diawalkan dengan sesuatu, kalimah terhenti pada Yang Maha Pengasih dan Penyayang. selanjutnya, sepi..... titik putih menghiasi lembaran suci. biar suka disimpan kemas, biar teruja dipeluk waras, biar sedih dibiar lemas. biar. biar. biar.
"You must keep your feet grounded so firmly on the earth that it's like you have four leg, instead of two. that way you can stay in the world. but you must stop looking at the world through your head. you must look through your heart, instead." -Elizabeth Gilbert. saya cuba menyangkal Cik Gilbert. hati tidak selalunya betul. sekian lama, baru kini saya mulai belajar. akal adakalanya memandu hati yang hanya bersandarkan pada nafsu. ah! anggota yang lain juga sudah terbiasa menurut kemahuan hati, lantas dengan mudah sahaja terjebak dengan bisikannya. oppsss! dengan pantas akal membantah, 'kenapa harus mencari duka yang sudah dihibur?' untunglah, anggota juga memahami dan pantas berhenti. biarlah... jangan diulang lagi kedunguan yang tidak mampu dielak!
aku menanti. dalam sepi, gerimis menemani. aku sendiri yang pasti. lalu kudengar suara hati. kau setia? duganya. tidak menafi, jauh lagi mengiya. lalu akal mencelah, jelas! ikut sahaja mimpi alamatmu. hati memujuk, pantas kau undur diri? akal meyakin, lepaskan saja! ada yang Lebih Mengetahui. mahu saja kupergi, biarkan akal kuasai diri. 'Siapalah aku! Siapalah aku!' tapi kaki mengunci. oh Tuhan, jadikanlah inderaku patuh pada takdirMu. akhirnya aku sedari. aku bersubahat denganmu dalam menzalimi diri. Chem Aizim 7:27.
Di bangku ini, di jeti ini Aku pilih untuk sendiri. Tetapi kau berkeras mau temani. Kau bertanya, haruskah kita saling membisu? Aku angguk, Nikmati nikmat sepi, kataku. Lalu kau terkejut dan bertanya lagi, Mengapa aku menangis? Jawabku, Dalam sepi, kudengar suara hati sendiri. Kemudian kau ketawa tak semena-mena, Kau ajak diriku bersama hatimu yang gembira. Akhirnya kita ketawa tak semena-mena, Rajuklah nikmat sepi, yang sebenarnya benci ditemani. Chem Aizim 19.5 2010
malam isnin adalah malam rengsa. jelas di situ. maka Chempaka sentiasa menyisip harapan lewat tilawah, semoga segala urusan dilancarkan olehNya. sebenarnya rengsa berbaur kecewa. terlalu terkilan pada diri sendiri yang gagal menyampaikan hasrat sendiri. 'apa yang kamu mahukan, Chempaka?' nihil jawabnya. adakalanya apabila Cinta semakin jauh, diri jadi tidak keruan. tiada ruang mengadu, tiada ruang melepas amarah. jangan simpati pada Cinta, kerana ia mafhum bahawa akhirnya ia juga yang membawa bahagia... oh Cinta, maaf kerana tiada kita bertemu buat sekian lama kerana Tuhan menyimpan ilhamku dahulu sementara Kasmaran minta dimanja...
sehari bawa ke bebulan lawan bukan sembarangan seluruh kudrat diperlukan katanya, 'jangan hampiri! jangan!' maka berusahalah diri melawan kini tiada lagi tertahan sehari sudah menjadi bebulan harus akui, pijaklah kenyataan sisip sedikit, buat penghilang rindu ah! kini aku dan dia bertemu kasmaran berbulan lerailah semu maka lepaslah kasih tak bertepi antara aku dan si air kopi. Chem Aizim 18 Februari 2011
Rintihan buat dunia Cintanya ini kisah si anak kecil dengan mata berkebil tubuh mungil tidak jahil kerjanya mengintai lewat lawang mencari-cari peluang karang mengarang namun tiada yang sedar kata mereka, tiada masanya terluang si anak kecil terus mengintai biar masalah nusanya cuba dilerai sayangnya usaha tidak dikira pakai maka teruslah anak kecil itu mengintai kerana cinta itu terlalu dalam disemai Chempaka Aizim 17 Februari 2011