Skip to main content

Posts

Andy dan Tia - Cerita dalam gerak

Kau di pintu kiri keretapi, aku di kanannya. Lalu kita biarkan hati berbicara. Kau: Aku berharap berat bahawa pandangan kita adalah perdamaian. Aku: Ah, kau terlalu ego. Hanya kerana aku memungkiri harimu, maka kau membulatkan hati untuk memalingkan suaramu? Aku menjeling. Kau menurut selang beberapa detik. Kau: Kau kekal berpaling? Kau adalah lelaki ego. Aku: Sementara kau menyangka dirimu adalah wanita pemberani. Pintu keretapi terbuka lagi. Kau keluar. Aku kekal memalingkan mata, menurut langkahmu kali ini.
Syukur dipanjatkan kerana akhirnya mandala ini berisi dengan sesuatu yang terlalu menyenangkan. kisah perwara sama perwara yang akhirnya bertemu juga. Sungguh bergulat suka duka, cinta yang satu menemukan kita. buang segala sendu. tutup dengan urna ceria dengan limpah bahagia. semoga cerita kali ini kekal selamanya. iya, perwara sama perwara. lengkap sudah kita.

Andy dan Tia - Perpisahan

Andy masih terlekat pada bangku kayu itu. Bayangan mentari terasa terlalu awal untuk menemani. Sunyi tempat itu lebih perit daripada kata-kata Tia sebentar tadi. Kata-kata yang tidak disangka akan terlepas daripada bibir mulus kekasihnya. Tajam, setajam belati yang kejam menyobek pelangi di langit pagi. “Izinkanku memungkir keikhlasanmu mencintaiku.” Ibarat tayangan filem rosak, segala senario tadi bermain ligat dalam kepalanya. Berulang-ulang. Sakit kepalanya seperti digoncang keras untuk menerima kenyataan. Maka tinggallah Tia, yang tidak mungkin ditemui lagi selamanya bersama keizinan yang berat untuk diungkapkan. “Izinkanku memungkiri keikhlasanmu mencintaiku.”

Andy dan Tia - Jendela Kaca dan Senyuman Semu

"Menunganmu menjerat mimpi atau mendobrak realiti?" Saya cuba memancing. Andy membisu. Namun ada secalit senyum yang cuba terbit di hujung bibirnya. Saya yang akhirnya menghabiskan senyuman yang berbaki itu.   "Aku terlalu senang dengan Tia." Itu sahaja baris perkataan yang tersusun sejak awal pertemuan ini. Andy, si pemuda mulut karun itu sengaja menemani waktu sementara saya dibiarkan sendiri. "Aku terlalu senang dengan Tia. Aku mahu Tia sentiasa bersama dalam kesenanganku. Malah aku mahu dia juga sentiasa bersama dalam kesulitanku." Menungan Andy sejak tadi beralih pula kepada diri saya. "Aku percaya, jika dia sentiasa bersama dalam kesenanganmu, kau tidak akan sesekali sempat bersapa dengan kesusahan. Lalu kau patut bertanyakan padanya; adakah dia mahu menjadi kesenanganmu?" Andy diam lagi. Menungannya dikutip kembali lantas dibuangkannya jauh ke luar jendela dengan dihantar oleh sebuah senyuman. Kali ini, senyuman itu penuh d...

Andy dan Tia - Tanah Liat dan Daging Bakar

Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti ...

2182- Rayuanku pada hati

maafkanku wahai hati yang selama ini kesurupan rasa hingga kupekakkan telinga mendengar pedihmu mengikut bolak-balik anganku lantas biar kau sendiri menanggung jiwa yang kusangka limpahan debunga syurgawi akhirnya menjadi gema daripada bayangan si airmata seksamu digelut duka mencarik sukma  sehingga kini aku kembali melutut meringkuh  mewakili diri dan dia yang tidak memahami. maafkanku wahai hati Chem Aizim 14 Oktober 2012
Seringkali aku mahu Biar debunga berterbangan Lalu berkongsi rasa nan indah Pada tanah yang kesepian Di pelosok sana Lalu berbisik yang kejam Pada telinga tentang cinta Maka jadilah aku seorang pendusta Pada nikmat yang disuruh berbahgi sama Seluruh buana “Kau terus setia?” Harapan diselindungkan oleh Tia. Harap juga Andy menafi lantas terbuka peluang kedua untuknya. “Aku tidak mahu setia pada harapan kosong.” Ada sinar peluang. Matanya berbunga. “Baguslah jika kau sudah mengerti. Lalu bagaimana kau temui bahagia?” Tia cuba berani ke hadapan demi memulakan cita cintanya. “Setiap kali urusannya diiringi dengan doaku yang tidak pernah putus adalah bahagiaku.” Tia sedikit kecewa. Nada suaranya kian berubah. “Walaupun kau tak akan lagi bertemu senyumnya? Andy terdiam.