Skip to main content

Tulisan dari si sepi untuk sang sunyi


Andai aku ini kuat berlari
Akan ku merangkak sahaja dari sini
Supaya andai kau memanggilku kembali
Dapat kuberpaling dan menyambut sahutan mu
Walau dari jauh
Aku tetap sedia berpaling

Namun di waktu ini
Aku nekad mahu sahaja berlari
Supaya tangan ini tidak sakit lagi
Bertepuuk sendiri tanpa siapa sedari

Aku malu pada diri sendiri
Mengapa engkau masih kutatapi
Walau dari jauh pesonamu masih ku sanjungi
Kerana raut wajahmu yang ibarat sunyi lagi sepi

Namun di waktu ini
Aku nekad mahu sahaja berlari
Bayanganmu ibarat mengejar
Kakiku dikunci untuk tetap berlari

Lepaskan aku dari rantaian ini
Aku benci akan diri sendiri
Mengawal diri tidak ku mampu lagi
Bantu aku, jauhi diri ini.