Cemburu? apakah itu? hanya sekadar nuansa atau ianya bisa meranapkan diri sendiri? aku sebenarnya tidak mengerti apa yang dikatakan hati. diceritakan 'kau sedang cemburu!' ah.. aku sendiri keliru. apa yang sebenarnya terjadi? tetapi ku cuba menolak pawana iblis itu ketepi. aku masih dapat berdiri sendiri. manakan mungkin aku mengaku kalah pada situasi sebegitu aib? cemburu??? tidak mungkin!! aku seorang gadis berani. aku masih mampu mengejar mimpi walau sendiri.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...