setiap kali mata ini ditarik kuasa grafiti, peristiwa beberapa tahun yang lalu kembali menggamit fikiran. peristiwa seluruh tubuh dipaksa kaku walau aku sudah tersedar dari beradu. ah.. sangat merinding. tidak mengapa jika mata ini turut dipaksa terkunci. namun oleh kerana hati terlalu berani, maka mata yang masih dapat berfungsi dibiarkan melilau, mencari pertolongan. namun apa yang aku lihat adalah yang sebaliknya. sebuah lembaga hitam di pinggir kamar yang asyik mencari-cari sesuatu semakin membuatkan aku terus terkedu. setelah dapat keluar dari pelukan ghaib itu, aku terus mencari mother yang sedang berehat di kamarnya.. ah, diri masih lagi terkesan dengan peristiwa tersebut.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...