terkadang aku rasakan kematian itu suatu keasyikan. terlerai dari belenggu masalah kehidupan. noktah bagi buku genggaman raqib dan 'atid. masalah dunia tiada hentinya. sebuah epilog kehidupan bak hukum karma. aku akui dosa yang bak bebuih di lautan. tapi jika ini balasannya, entah kenapa aku masih lagi terus di tengah samudera masai ini. ruang gelap di bawah tanah itu menunggu waktu untuk dia menjemputku ke dalamnya. terngiang cakna seorang ibu sebentar tadi, jika di negeri matahari terbit, seorang pelajar sanggup menjahit sendiri jubah bermaterialkan kafan untuk dirinya kerana tekanan pengajian. sedang aku, jika tanpa lipatan agama tersemat di dada, mungkin aku juga akan tewas di dalam bisikan syaitan atas alasan aku juga berada di situasi pelajar tadi..............
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...