cahya itu sudah menjauh!! ah, diriku pasrah. mendung di luar sana. pathetic fallacy. apakan daya, aku tahu tiada erti menagih embun di tengah hari, namun aku masih mahu jua mencabar alam. maka diri sendiri yang kecewa. sekali lagi, kecewa dan sedih bersatu dalam nubari. lupakan dia itu. afandi hakim membuka topeng. aku tak mampu bersandiwara lagi. biar apa pun yang terjadi. suara hati umpama sayu lalu sepi. biar hanya aku sahaja yang mendengar suara sendiri. bangun dari tidurmu, cenderawasih. adumu sudah panjang diulit mimpi. gapai bintang yang kau impikan dahulu. biar segalanya tinggal memori, yang tercipta untuk dilupakan.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...