sejak kebelakangan ini, aku dihembus pawana asmara. bosan dgn situasi ini, mulai saat ini aku akan menjadi diri sendiri. kembali menjadi wanita berani, menempuh apa jua yang mampir di hadapan. pawana itu semalam terlalu ganas, lantas memedihkan mata hingga terlerai embun kewanitaan di sepi malam. sendiri, aku mengesat pedih hati. namun, bertenang!! aku sudah kembali menjejak alam realiti dan kembali kepada Uyaisha yang biasa. hey kamu yang di luar sana, aku sudah menjadi diriku!! jadi tidak perlu engkau gugup atau gusar. kerana aku sudah kembali normal.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...