setiap minggu, lembar warta akhbar menyajikan pelbagai juadah tulisan. namun yang paling mearik perhatian ini adalah ruangan sastera remaja. sangat menyedihkan setiap kali ruangan itu menghias dada akhbar, ruangan komen dari pengelola tidak begitu berkesan. fikirkanlah wahai insan- insan yang bertugas untuk memberi komen; MENGAPA ANDA SERING MEMBERIKAN ULASAN YANG SAMA SAHAJA????!!!!!!!!!!!!! TOLONG BERIKAN KOMEN YANG SEWAJARNYA DAN JANGAN MENGULANGI PUJIAN YANG SIA-SIA SEPERTI "KARYA YANG LAIN DARI YANG LAIN". HEY... ITU ADALAH PUJIAN YANG SIA-SIA. PUJIAN YANG MENYINGGUNG HATI PENULIS-PENULIS YANG LAIN YANG BARU BERTATIH!!!! (geram masih menapak di dada....)
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...