kiasu. 1 perkataan yang amat sesuai dengan situasi diriku. pagi tadi aku bersiram dan keluar dari bilik mandi dengan bibir biru (kerana kesejukan yang teramat). semalam heboh seperut ukm tentang ketiadaan air pada dua hari berikutnya. ah!! stress!! baru kini aku rasakan betapa peritnya hidup tanpa nikmat Tuhan yang satu ini. secara logiknya, jika tiada air bermakna tiada makanan (kerana setiap masakan perlukan air hatta serendah mi segera). nampaknya warga ukm bakal kebulur dan masam buat dua hari. hahaha. aku? jika semua orang masam, buat apa aku malu untuk ke kuliah??!! HAHA.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...