mungkin menjadi seorang penulis, aku diberi lesen untuk menerawang di dalam dunia imaginasiku. aku sering teringatkan si dia A, si dia B, si dia C. tidak pernah putus imaginasi yang menyelinap masuk. terkadang aku terbayangkan hidupku dengannya A, dengannya B, dengannya C. biar apa yang dikatakan orang lain. aku selesa begini. sekurang-kurangnya aku tahu apa yang mungkin terjadi jika apa yang aku angankan itu benar-benar terjadi. haizzzz. hidup ini memang penuh dengan imaginasi. percayalah.. tiada imaginasi yang sia-sia. imaginasi memungkinkan impian, imaginasi memungkinkan cita-cita, imaginasi memungkinkan ilham. dengan itu, jangan pernah menyesal menjejakkan kaki di alam 'penerawangan'....
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...