Skip to main content

H: aku sudah terpaut padanya.


A: engkau tidak berpendirian. mudah sahaja engkau katakan sedemikian.


H: tidak.. pabila mata berpandangan dengannya, aku ibarat terikat.


A: jadi engkau lah yang memaksa mata untuk terus merenungnya? sedangkan engkau tahu itu sekadar mainan sahaja.

H: iya... tapi tiada salahnya aku memaksa mata menjamuku. ah.. engkau juga sering teringatnya bukan?


A: aku terpaksa melayanimu. jika tidak engkau tidak henti-henti memujanya walau dalam solat. tidak bolehkah engkau kikis segala saki-baki perasaan?


H: boleh. hanya jika engkau juga lupuskan bayangannya dari kotak taklukanmu..



diam. A menjalankan tugas sementara H cuba mengawal jajahannya...