hanya pawana ini sahaja memberi ilham bagi uyaisha untuk mencoret sejarah. "anda seolah Ungku Maimunah." ternyata lambungan itu terlalu tinggi lantas uyaisha terjatuh terjelopok. kaguman demi pujian disimbah, maka diri ini bak debunga disirami air. ah! ternyata air itu asid lantas debunga hampir separuh mati. namun demi semangat perjuangan yang kental, debunga bangkit untuk mewarnai bumi. iya... sang debunga tahu bahawa pasti ada tangan-tangan gatal yang suka menghancurkan kelopak seri milik debunga. ketahuilah bahawa tangan itu takkan dibiar bersih tanpa tusukan duri debunga. yang utama, sang debunga bak si bakawali, dikelilingi cenderawasih untuk menjaga demi menjadi yang tercantik!
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...