terik suria menembusi kamar kecil milik puteri Tia. nyaman hari sebegitu juga dengan dalam hati. tumben, ada merpati putih singgah di sisi jendela, membawa nota kecil lakri di kaki. puteri mengambilnya lantas tersenyum simpul. daripada laksmana Andy rupanya merpati tersebut. pesannya mudah, beliau sepi. bagaimana puteri harus nyatakan lewat deru bayu? hargai mereka di sekeliling kerna itu merupakan sebahagian daripada kita. tanpa mereka, siapa diri ini. tegar benar laksmana membuka bicara sedemikan rupa. sedih menapak di dada. bagaimana sekiranya puteri sendiri di tempat lawan laksmana? sebegitu sekali hati laksmana berkata-kata. atau ia sekadar permainan kata? ah! puteri sudah jemu dengan situasi ini. sudah sekian lama puteri menelan bicara sebegini. lalu puteri menghantar merpati suci itu pulang, moga-moga laksmana menginsafi diri. kasihan pada merpati, entah-entah jasanya juga tidak dihargai..
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...