chempaka terasa bahangnya. bukan api kasmaran yang membuak, malah semarak unggun intelektual. bagaimana ya harus chempaka lukiskan pada pasir pantai tentang gejolak jiwa? memang bukan chempaka yang berangkara, namun chempaka terkait sama. seru bergelut dalam persaingan ilmu. iya, sayang sekali langkah chempaka diikat ketat, maka chempaka hanya tersenyum dari jauh. biarlah mereka beradu. tenaga ilmu ternyata seru. sekali lagi, terasa mahu ikut serta. ternyata layar nakhoda selalu bergelut dengan pawana ganas, begitu juga dengan naga sembrani milik kekanda sahabat. siapalah chempaka ini, diri masih dianggap kerdil.
Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan. Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling. Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...