Skip to main content

2128 - noktah terakhir


Noktah terakhir kulakrikan
Pada sehelai kertas putih
Noktah yang tidak mahu berubah rupa
Sedang hati memberontak keras
Teruskan zikir penamu, katanya.
Biar lenguh tangan menari
Biar jemu hati menangis
Ah! Biarkan noktah jadi noktah
Apa harus kau teruskan angan?
Sesungguhnya kata tak pernah habis
Setiap noktah berubah koma
Setiapkali mentari memeluk lembut
Lalu pena terus berzikir keras
Noktah

Malam ini tinggal noktah
Jangan dibiarkan ia berubah lagi
Ah! Ini soal hati
Noktah berganti koma
Di luar ruang akal.

Chem Aizim
12:33am
4 July 2012