Skip to main content

Andy dan Tia - Bebel Bangku Kayu

Berhenti merenungku. Aku tahu kau kehilangannya sejak sepurnama yang lalu. Bagaimana aku tahu? Ah, segalanya terpalit di matamu. Mata itu tidak pernah berbohong. Dan ia sedang berbicara denganku. Kau masih belum bertemu pengganti, ya? Maaf kerana aku tanyakan soalan bodoh itu. Mengapa aku bertanya? Kerana kau tidak pernah betah melihatku seorang diri. Pastinya kau sentiasa bersama dia yang mencicip kopi dingin. Kau menafi? Sudah berapa kali aku katakan, mata itu tidak pernah membohongi aku. Keberadaannya sentiasa kau dambakan. Maka hari ini aku lihat kau sendiri memakai mata lesu itu. Maaf, itu mata rindu. Haha. Kau menafi lagi. Sesungguhnya kau tidak dapat menyembunyikan rasa itu daripada renungan nihilmu.



Tia jengkel lalu meninggalkan kerusi kosong itu.