Skip to main content

Posts

terlihat lagi si dia dari jendela akhbar. bersyukur aku tadah tangan dan senyum sentiasa memekar. mother katakan ia terlalu 'sastera', aku hanya tersenyum. ternyata itu adalah aku sekarang. jocasta dipuji melangit. aku sangat berterimakasih pada semua..
sebuah lagu rindu merubah segalanya. kaget. kata itu menceritakan segalanya. pada malam sunyi ini, aku masih bersemangat mencoret segala rasa yang sedang bergejolak di dalam nubari. aku ingin katakan tentang dia dan dia. dia dan dia berterusan bukan milikku. yang satu memungkiri janji, bukan hanya denganku malah dengan yang lain. yang satu lagi hanya igauan ngeri. sedih bak jatuh di dalam gaung sendiri. iya.. sendiri lagi aku berkelana. kelana kembara belantara. mendung berarak gerimis pulang. hujan kembali menyimbah jiwa. kaca harapan berderaian ribu. pinjamkan gemala sakti agar kaki ini tidak melecet lagi. sendiri... iya, benar kali ini aku sepi.
laksana lestari kelam sukma kelana kanda berita gembira ujian dinda sedikit cuma mata bak panahan geroda buluh perindu pengganti suara kasih tersemat lekat di dada pawana asmara kembali menerpa kali ini ikhlas si dia tunduk sesama kita terkerisin, bertemu bersama ana dan anta anti sama ana cuba dicuba
semalam dia muncul lagi. sekali lagi telatahnya agak kurang menyenangkan aku sebagai seorang penuntut. seorang guru agama yang begitu dihormati dan sangat shadid, aku lihat memakai rantai emas di leher. ah.. terlalu jijik perlakuannya. namun aku tidak sempat menegur. mengapa aku sering bermimpi yang bukan-bukan tentangnya? ah.. mimpi bukankah mainan tidur? tiada yang pelik tentang itu. dan aku entah kenapa terlalu rindu untuk bertemu lagi dengannya. aku terlalu mengagumi ilmunya. mungkin kerana itu aku diberikan mimpi yang bukan-bukan. mungkin alasannya agar aku tidak mengikutnya membabi buta. dengan erti kata lain, aku boleh bertaqlid hanya punya sebab yang aku percaya dan utuh..
aku tidak boleh mengilhamkannya. sekali terimbas tentang dia, pasti dirinya akan menurutiku ke alam mimpi. dia.. seorang ustaz yang pernah mendidikku. teruja sekali untukku mencoretkannya di sini. sang ustaz ini menjadi rebutan di sekolah. wajahnya yang keanak-anakkan dapat menjerat nubari mana-mana anak gadis (walau usianya jauh lebih lanjut dariku). aku juga turut terpanah dengan auranya. sayang sekali, setiap kali pesonanya aku jamah, dirinya aku temui di alam mimpi. malangnya, segala mimpiku tentangnya senantiasa berbaur yang kurang enak (apatah lagi sebagai seorang ustaz). hingga adakalanya aku lari dirinya kerana terkesan dengan sebuah mimpi. lama dia tidak singgah dalam mainan tidurku. namun semalam dia muncul lagi. kali ini, dia lebih sopan. tiada yang buruk tentangnya aku gali dari mimpi semalam. ternyata hati ini masih terpesona pada auranya....
mungkin menjadi seorang penulis, aku diberi lesen untuk menerawang di dalam dunia imaginasiku. aku sering teringatkan si dia A, si dia B, si dia C. tidak pernah putus imaginasi yang menyelinap masuk. terkadang aku terbayangkan hidupku dengannya A, dengannya B, dengannya C. biar apa yang dikatakan orang lain. aku selesa begini. sekurang-kurangnya aku tahu apa yang mungkin terjadi jika apa yang aku angankan itu benar-benar terjadi. haizzzz. hidup ini memang penuh dengan imaginasi. percayalah.. tiada imaginasi yang sia-sia. imaginasi memungkinkan impian, imaginasi memungkinkan cita-cita, imaginasi memungkinkan ilham. dengan itu, jangan pernah menyesal menjejakkan kaki di alam 'penerawangan'....
menyelak blog orang lain, aku terbaca catatan seorang yang sangat disanjungi. beliau menukil bahawa beliau amat rapat dengan sepupunya. sepantas kilat, cerminan hidup aku tatap. iya.. sepupu adalah teman yang sering dicari bagi anak tunggal (aku mengklasifikasikan diriku sebagai anak tunggal kerana aku seorang sahaja anak gadis di dalam famili besar). terkadang, aku menyamakan diriku dengan sepupu-sepupuku yang lain. aku menjadi sebahagian dari mereka. hingga kini, mungkin rasa ini masih melekat erat dalam hati. mungkin lahiriahnya, aku seorang gadis yang gemar melawa, seperti gadis-gadis yang lain. namun jauh di lubuk hati, aku kelelakian. adakalanya aku lebih selesa berkawan dengan kaum adam, bergurau dengan mereka, berbahasa seperti mereka. agak sukar untuk aku hakis sifat 'anak lelaki' dalam diriku. tapi tidak bermakna aku bukan seorang wanita sejati. ya.. itu azamku untuk tahun ini. aku ingin menjadi seorang wanita yang lembut (lahir dan batin).... selain daripada memonto...