Skip to main content

Posts

kembali ke halaman nyanyi sunyi. masih sunyi kerana bersendiri. pulanglah lekas sahibul kahfi. tawa sendu mahu dibahgi. ala kulli hal, minal aidil wal faizin. :)
HORMAT. aku kira hormat itu lebih kuat daripada sayang. aku hormatkan Quran, dan meletakkannya di tempat yang sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dan mulia. di dalam perasaan hormat itu terselit kesayangan, barangkali sama besar dan sama berat dengan perasaan hormat tadi. tetapi sayang? belum tentu hormat, sampai sanggup berkorban. aku mungkin sayangkan kucing, adakah itu bermakna aku hormatkan dia? aku kira hormat itu lebih kuat daripada sayang. hormat asasnya akal dan keadilan, sayang asasnya perasaan dan keangkuhan Mohd. Affandi Hassan 1994: 59
ada selimut takut menyelubungi puspita. takut berasas hormat ternyata membebankan jiwa. bagaimana jika permusuhan berlangsung antara keduanya? puspita masih menyorok di pojok kamar. adakah kalimat puspita memungkinkan segalanya? takut menyelubungi lagi. kali ini erat dakapannya. mahu berlari, ternyata lilitan ini takkan terungkai. jadi bagaimana penyudahnya? maaf dari puspita; tetapi untuk siapa? oh.. berat sukma meronta tolong. sudah dikhabarkan pada mendara perwara. namun usulnya tetap sama. moga pihak di sana reda apinya. sungguh puspita sayang keduanya...
terima kasih wahai guruku yang dikasihi. indahnya jika kata tersebut dapat diucap ulang saban hari pada yang empunya diri. entah mengapa, Cendana terlalu gembira bila ada pawana itu menampar di muka. iya, cekal sekali azam Cendana. kali ini bulat tekadnya. mahu digapai kejora tertinggi. itu impian, itu harapan. persetan pada iblis-iblis berhati kemalasan, putus asa dan sebagainya. kerana tekad Cendana jitu. kerana azam Cendana satu. mahu yang itu, maka usaha sedaya yang mampu. Ya Allah, bantu hambamu. terangi perjalanan ini, agar dapat Cendana genggam segalanya. ingat Cendana, USAHA DENGAN SEKUATNYA. 0.03 lagi jaraknya! maka itu, akulah....
bayu dingin memupuk ke wajah ratna dewi. duduk berseorangan di sini, terasa asing sekali tanpa yang dikasihi. ternyata gering pasti ditemani syauq. rindu pada yang di teratak, rindu pada teman sepermainan. namun ratna dewi tetap sendiri. gering bercampur gulana di hati, ratna dewi serasa ada air jernih menitik dari kelopak mata. merpati putih ternyata sakit jua, menemani geringnya ratna dewi. lantas runsing ratna jadinya. ubati hati sendu, namun penawarnya juga tidak ketemu. rawan hati dan rawan diri ternyata hebat pukulannya. sedari tadi ratna berteman sutera biru, buat mengesat luka di muka. sakit benar rasanya...
terik suria menembusi kamar kecil milik puteri Tia. nyaman hari sebegitu juga dengan dalam hati. tumben, ada merpati putih singgah di sisi jendela, membawa nota kecil lakri di kaki. puteri mengambilnya lantas tersenyum simpul. daripada laksmana Andy rupanya merpati tersebut. pesannya mudah, beliau sepi. bagaimana puteri harus nyatakan lewat deru bayu? hargai mereka di sekeliling kerna itu merupakan sebahagian daripada kita. tanpa mereka, siapa diri ini. tegar benar laksmana membuka bicara sedemikan rupa. sedih menapak di dada. bagaimana sekiranya puteri sendiri di tempat lawan laksmana? sebegitu sekali hati laksmana berkata-kata. atau ia sekadar permainan kata? ah! puteri sudah jemu dengan situasi ini. sudah sekian lama puteri menelan bicara sebegini. lalu puteri menghantar merpati suci itu pulang, moga-moga laksmana menginsafi diri. kasihan pada merpati, entah-entah jasanya juga tidak dihargai..
renungan puspa kemboja tepat pada warkah tun perkasa. sedari terang tanah hingga mentari naik di jemala, puspa kemboja tetap melakukan perkara yang sama. warkah itu sarat bicaranya. bukan isi jadi santapan, malah suara sayup kedengaran. tun perkasa memang perkasa orangnya. bukan raut jadi pujian, malah fikiran dilambung-lambungkan. puspa kemboja menjadi terkesima dengan suaranya lantas diri menjadi malu pada sendiri. ingin dijaguh, ternyata masih jauh kelana puspa kemboja. indah sekali suaranya. akhirnya, puspa kemboja menjadi segan dalam kesima.