Skip to main content

Posts

Seringkali aku mahu Biar debunga berterbangan Lalu berkongsi rasa nan indah Pada tanah yang kesepian Di pelosok sana Lalu berbisik yang kejam Pada telinga tentang cinta Maka jadilah aku seorang pendusta Pada nikmat yang disuruh berbahgi sama Seluruh buana “Kau terus setia?” Harapan diselindungkan oleh Tia. Harap juga Andy menafi lantas terbuka peluang kedua untuknya. “Aku tidak mahu setia pada harapan kosong.” Ada sinar peluang. Matanya berbunga. “Baguslah jika kau sudah mengerti. Lalu bagaimana kau temui bahagia?” Tia cuba berani ke hadapan demi memulakan cita cintanya. “Setiap kali urusannya diiringi dengan doaku yang tidak pernah putus adalah bahagiaku.” Tia sedikit kecewa. Nada suaranya kian berubah. “Walaupun kau tak akan lagi bertemu senyumnya? Andy terdiam.

Andy dan Tia - Roket Kecil dan Rembulan Merah

Tia cuma diam sahaja di dalam bas. Kali ini sepatah apa pun tidak keluar dari mulutnya. Wajahnya pula masam mencuka sepanjang perjalanan. Pandangan dilemparkan jauh-jauh, mencari salji di musim panas. Tiba sahaja di hadapan rumah, Tia berlari dikejar angin lalu masuk ke dalam rumah. Pantas sekali. Beg sandang berisi buku sekolah dicampakkan ke dalam kamar. Baju sekolah tidak bersalin. Cuka di wajahnya masih tetap terlekat. Tidak ada jalan lain untuk menghilangkannya. Dia harus segera mencari diari. Dengan pantas, dia ke belakang rumah. Roket kecil yang dibina oleh ayahnya melambai-lambai. Ah! Tidak perlu melambai kerana roket itu memang sudah berada dalam jemalanya sejak di sekolah lagi. Dia tidak tahan dengan telatah temannya yang satu. Mahu dicurahkan segalanya di dalam diarinya. Diari yang memang unik. Roket kecilnya cepat meninggalkan bumi sebaik sahaja dia menghidupkan enjin. Laju menderu melepasi langit biru. Kemudian masuk ke angkasa lepas. Roket kecil melalui Mar...

2128 - noktah terakhir

Noktah terakhir kulakrikan Pada sehelai kertas putih Noktah yang tidak mahu berubah rupa Sedang hati memberontak keras Teruskan zikir penamu, katanya. Biar lenguh tangan menari Biar jemu hati menangis Ah! Biarkan noktah jadi noktah Apa harus kau teruskan angan? Sesungguhnya kata tak pernah habis Setiap noktah berubah koma Setiapkali mentari memeluk lembut Lalu pena terus berzikir keras Noktah Malam ini tinggal noktah Jangan dibiarkan ia berubah lagi Ah! Ini soal hati Noktah berganti koma Di luar ruang akal. Chem Aizim 12:33am 4 July 2012

Andy dan Tia - Kamar Gelap

Kamar itu sepi. Kamar itu gelap. Seorang anak kecil sedang tidur pulas. Mata Andy hanya merenung pada tubuh mugil di sisinya itu. Pada ketika itu, segala perasaannya bersatu. Marah, kecewa, dendam. Ah! Dia tidak tahu pada siapa segala rasa itu dituju. Mungkin kepada diri sendiri? Telefon tangannya bercahaya lagi. Sama seperti 2 minit yang lepas, ia sekadar bergegar tanpa bunyi. Andy hanya memandang kosong. Segala rasa yang menyatu tadi menggelegak lagi. Dada jadi sakit. Skrin telefon bimbit itu menayangkan sebuah nama; Tia. Tangan segera mencapai telefon tersebut, bimbang tubuh mugil itu akan tersedar. Namun tiada niat di hatinya untuk menjawab. Biarlah… “Kenapa tidak kau jawab panggilanku? Ada apa-apa yang berlaku?” pesanan itu masuk ke telefon tangannya. Andy semakin perit. Namun dikuatkan tenaga untuk membalas, “Tiada apa yang berlaku. Aku tidak mahu si kecil kita terjaga jika kujawab panggilanmu. Kau baik-baik di sana .” Sepi lagi. Anak kecil yang nyenyak itu masih...

Andy dan Tia - Not Ungu dan Watikah Cinta

Sepak laju-laju. Itu yang difikirkan oleh Tia pada seminit yang lalu. Amarahnya menggelegak apabila not berwarna ungu itu terlepas begitu sahaja. Sekelip mata! Tidak disangka dia sanggup membiarkan not itu jatuh ke tangan orang lain sedangkan itu adalah lambang roh cintanya. Dua Isnin yang lepas telah meraikan kejayaan Tia yang dapat berbual dengan Andy. Bermula dengan berganti khabar, kemudian cerita dan akhirnya ke nombor telefon. Tia rasa sungguh bahagia. Tidak disangka lelaki yang selama ini diintai di balik partition pejabatnya boleh menyapa dan menjadi begitu mesra. Bohong sekali jika Tia tidak mahu yang lebih dari sekadar persahabatan. Keselesaan yang dikongsi kedua-duanya harus dirai dengan ikatan kasih yang suci, itu impiannya. Harapan seluas buana, seagung maya. Namun berita tiga hari yang lepas benar-benar menghempas pecah segala angan-angan yang telah dilakar. Andy, adi kencananya menghulurkan kad cinta. Oh! Namun bukan berisi luahan kasmaran; sebaliknya mengutuska...

Andy dan Tia - sebuah buku dan ais krim

Sudah beberapa malam dia membiarkan buku itu tidak tersentuh. Malam itu, novel masih di atas meja. Antara novel dan Andy, masing-masing menenung antara satu sama lain. Lelaki itu merasa bersalah kerana ada sesuatu yang membuatkannya berhenti daripada menyambung telaahnya. Mukasurat 138. Iya, dia terhenti pada halaman tersebut. Puncanya, ada kesan kotor akibat ais krim. Suatu ketika dahulu, dia terlalu mencintai novel tersebut. Lewat petang, dia pasti akan singgah di pesisir pantai itu dan membaca sebelum matahari jatuh sepenuhnya. Pada waktu itulah, saat dia khusyuk pada muka surat 137, tiba-tiba ada sesuatu yang gugur ke atas bukunya. Jatuhnya pula di pertengahan mukasurat 138. Andy jadi marah, terlalu marah. Buku adalah kekasih yang sentiasa dibalut cintanya. Apatah lagi, yang mencacatkan kekasihnya adalah sepotong ais krim. “Maafkan saya,” suara seorang gadis memecah kesunyian pantai itu. Sekilas itu juga dia mengalihkan wajah dari novelnya. Ada seorang gadis di sisi memeg...

Andy dan Tia - mentari senja dan sungai kota

Pada waktu itu, latarnya sangat mudah. Mentari senja, sebatang sungai dan sebuah kerusi batu untuk menangkap pesona alam. Menjadi rutin dua orang sahabat itu untuk singgah di sana setelah seharian terperuk di perut pejabat. Duduk mereka dimesari sepi, entah kerana diusik suasana indah atau semata-mata dihasut oleh letih. “Tia, apa rencanamu untuk tahun hadapan?” Tia bebas daripada khayalan yang  dijemput sepi tadi, lantas bersuara, “Entah. Aku tidak suka merangka jalan hidup. Kau maklum tentang itu ‘kan?” Andy mengumpul kuasa sebelum membisikkan, “Kalau begitu, aku menjemputmu untuk menemani hidupku mulai tahun hadapan.” Tia membuang pandang ke sungai kota itu. Ada kocak gembira di permukaannya, begitu juga bebayang senyuman mentari senja. Tia membalas dengan sekuntum senyum jua.