Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2008

firasat hamba pada hari

Saat gelita malam merajuk Hari diwakili suria untuk menjadi imam Para insan akan tergerak untuk bangkit berdiri Setelah malam menutup laluan Dalam mengejar apa yang tidak pasti Kemudian hari terus membara Dibakar suria garang menjerit Teruskan wahai makhluk ciptaan Tuhanku Kejar apa yang engkau impikan Selagi aku disini menyinari jalanmu Hembusan bayu ibarat menyokong Menyorak perjalanan anak adam Sekali hembusan menusuk ke tulang insan Bak memberi semangat luar biasa Anak adam kembali bernyawa Bahang suria dicemburui sesuatu Lalu hari yang terang berubah mendung Titisan air menimpa bumi Jalan manusia tersekat kembali Impian tidak dapat dilaksanakan lagi Singgah hujan tidak lama Muncul bianglala sinari hari Warna segar beri rangsangan Manusia mahu mengejar impian Ingin gapai peluang sekali lagi Namun belum sempat meneruskan perjuangan Gelita malam kembali menyelubungi Hari manusia terhenti disitu Mereka kembali berhenti berharap Namun kedatangan suria sentiasa dinanti Selagi Apa yang t