Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2009
kembali ke halaman nyanyi sunyi. masih sunyi kerana bersendiri. pulanglah lekas sahibul kahfi. tawa sendu mahu dibahgi. ala kulli hal, minal aidil wal faizin. :)
HORMAT. aku kira hormat itu lebih kuat daripada sayang. aku hormatkan Quran, dan meletakkannya di tempat yang sesuai dengan kedudukannya yang tinggi dan mulia. di dalam perasaan hormat itu terselit kesayangan, barangkali sama besar dan sama berat dengan perasaan hormat tadi. tetapi sayang? belum tentu hormat, sampai sanggup berkorban. aku mungkin sayangkan kucing, adakah itu bermakna aku hormatkan dia? aku kira hormat itu lebih kuat daripada sayang. hormat asasnya akal dan keadilan, sayang asasnya perasaan dan keangkuhan Mohd. Affandi Hassan 1994: 59
ada selimut takut menyelubungi puspita. takut berasas hormat ternyata membebankan jiwa. bagaimana jika permusuhan berlangsung antara keduanya? puspita masih menyorok di pojok kamar. adakah kalimat puspita memungkinkan segalanya? takut menyelubungi lagi. kali ini erat dakapannya. mahu berlari, ternyata lilitan ini takkan terungkai. jadi bagaimana penyudahnya? maaf dari puspita; tetapi untuk siapa? oh.. berat sukma meronta tolong. sudah dikhabarkan pada mendara perwara. namun usulnya tetap sama. moga pihak di sana reda apinya. sungguh puspita sayang keduanya...
terima kasih wahai guruku yang dikasihi. indahnya jika kata tersebut dapat diucap ulang saban hari pada yang empunya diri. entah mengapa, Cendana terlalu gembira bila ada pawana itu menampar di muka. iya, cekal sekali azam Cendana. kali ini bulat tekadnya. mahu digapai kejora tertinggi. itu impian, itu harapan. persetan pada iblis-iblis berhati kemalasan, putus asa dan sebagainya. kerana tekad Cendana jitu. kerana azam Cendana satu. mahu yang itu, maka usaha sedaya yang mampu. Ya Allah, bantu hambamu. terangi perjalanan ini, agar dapat Cendana genggam segalanya. ingat Cendana, USAHA DENGAN SEKUATNYA. 0.03 lagi jaraknya! maka itu, akulah....