Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2010
jika seringnya puspita beralun ke pesisir pantai, melagukan irama rindu, maka kali ini biar puspita berpesan sahaja lewat bayu yang menderu. rindu hati ini tidak terkira. iya, kepada kekanda indera. mahu dihantar kuda sembrani untuk menjemput kekanda pulang. namun kuda bergering, tidak tahu hala yang hendak dituju. kekanda indera, adinda mahu khabarkan bahawa adinda diberikan sakti oleh nenda kebayan untuk beradu di rembulan. oh.. indah sungguh perasaan ini. walau kesaktian itu sebentar cuma, namun bahagianya adinda hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. sudah lama ia menjadi impian diri, akhirnya terkabul juga harapan suci. mungkin juga berkat Kitab Suci menjadi teman di kala sunyi, di kala kekanda jauh berkelana. sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. mahu sekali adinda berteman kekanda bermain di purnama murni. jika ihsan sang bayu menyampaikan pesan ini kepada kekanda, maka kembalilah dengan segera. bersama kita bertemu di purnama.

Risalah Kiriman Merpati

Bermula dengan tangisan buana Rahmat bisiknya, dipertujui semua Selimutku dingin menanti doa Doa yang mendahulu ke pintu syurga Doa yang mengiring kelana hamba Hamba Sahaya kerdil mengharap ihsan Menagih pedoman, mensyukuri belaian Kasih terlakri erat disemat Tanda madu manisnya azmat Ampun ayahanda beribu ampun Sembah anakanda harap diampun Layangan kasih sebagai ganti Rindu anakanda utuh bersemi Yakin pada suci nubari Khas buat Mohamed Salim Mordifi Sayang anakanda sepenuh hati… Selamat Ulang Tahun Ayahanda, Siti Aisyah Mohamed Salim 21 Januari 2010
sandiwara. manusia begitu sinonim dengan sandiwara. begitu juga dengan chempaka, masih giat bersandiwara. namun sandiwara yang satu bikin chempaka sangat terkesima. ternyata raut yang indah tidak menjamin jiwa yang nyaman juga. iya, chempaka masih kaget. bagaimana seorang yang dipuja dari dahulu lagi, begini akhirnya? pernah dahulu berpesan pada diri, jaguhi satria. ah! ternyata mahu berjaguh sama insan sebegitu. benar, insan itu bersifat pelupa. hingga chempaka ikut bernisyan tentang dirinya hingga hampir menjadi insan juga. akhirnya, chempaka malu pada satria. malu teramat. malu kerana maujud seorang insan bersifat insan sepertinya.