Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010
susah benar nubari ini. mudah menyukai malah mudah membenci. langkah satria pantas. puspita cuba berlari kencang, menolak segala pepasir putih agar dapat menumpang pada bahtera yang sama. namun tanpa sedar puspita, satria nampaknya bongkak. langkah terus pantas. sudah puspita cuba menghulur tangan. harapan menggunung. mahu sekali dituntun agar kelana seiringan. ah! satria terlalu angkuh. tangan tidak bersambut. muka ditampar pawana laut. suka berganti benci. iya, puspita benci pada yang angkuh. bahtera yang indah tiada lagi seri di mata puspita. kayuhlah kamu seorang diri. kamu sendiri menyedari bahawa bahtera itu perlu dikemudi bersama. ayuh, persilakan kamu kemudi sendirian. redalah ribut taufan tanpa sokongan.
pedati berkemudi perlahan. ada bibit gundah di hati Chempaka. mahu sahaja ketemu satria pujangga, dirinya diigau siang dan malam. teimbas jihad Siti Zubaidah. iya... sanggup berlagak pendekar demi suami tercinta. begitu agungkah asmara Chempaka? sunyi dicarik tapak kuda yang menarik pedati. adakalanya harus dibezakan antara kasih dan keinginan untuk memiliki. di sinilah jihad Chempaka terhenti. jawabnya nihil. gundah kian memuncak. debarnya tatkala sedar bahawa tapak kaki Chempaka bakal melewati tanah merah yang diinjak satria pujangga. udara yang dihirup hembus juga akan dikongsi bersama. maka tertawa kecil kini Chempaka. sudahlah tidak pasti akan jawapan soalan yang satu, mahu berlebih rasa pula kiranya. ah! bikin malu sahaja. namun jika benar ia hanya bohongan rasa, mengapa debarnya saban hari kian mengongkong atma?
Sesat di jalan nan lurus Taburkan remah di belakang Jangan kau meniti songsang Temukan jalan pulang Cerah dari bebayang Temukan sayang Sedang lurus di hadapan Masih ditagih cahaya harapan Masih meniti impian Akhirnya bertemu jawapan amin Ya Rabbal Alamin
Cik Asiah membelah kelapa, Masak sembilang dikata tenggiri; Rindu susah bayang siapa, Bayang tak bayang hati sendiri.
tadi keduanya hanya membatu. senyap menyelubungi mandala bertala tersebut. entah apa yang merasuk keduanya hingga kaki pantas membuka langkah. sang srikandi beralun ke pinggir, membiarkan si pendekar berserapah memuja miliknya. sang srikandi juga begitu kiranya, namun diucap sahaja ikut suara jiwa. satu ketika, mata tajam kedua-duanya merenung sesama. sambil memanah dengan tenungan, kedua-dua berkitar-kitar membaca langkah lawan. sonder bicara, mereka sudah tangkis-menangkis, kilir-mengilir laksana pertarungan hebat antara sang cenderawasih dan geroda merebut gemala. gelanggang terus semarak walau tanpa restu Betara Guru Sang Persanta Nala. masakan pendekar mahu menyahut cabaran Hawa, sengaja mahu mencemar kesucian Gunung Wirama Pura. srikandi membiar sahaja. langkah mungkin canggung, tegak sumbang dirinya, tapi semangat kental berpaut. bukan mahu menjaguh, sekadar ingin menunjuk mencak.
Endar Dia duduk sendiri Sunyi ditemani merpati suci Di bingkai tabuk abadi Dan dia terasa sesuci merpati Dia salahkan usia Katanya, usia menelan matangnya Matangnya tinggal kenangan Kenangan yang ditertawakan Tidak perlukan matangnya Kerana ia hanya sia-sia Dikata tiada bekalan ke sana Dia duduk sendiri Merpati jua setia menemani oleh Chem Uyaisha
Hari ini Saya terlihat dia Tapi dia tidak memandang saya Tidak mengapa. Hari ini Saya merenung langkahnya Dia khayal dalam kembara Syukur kiranya Hari ini Saya perhatikan sahaja Tak mahu menarik matanya Cepat! Segera sembunyi! Dia sudah menyedari Matikan diri! Jangan sampai diekori Wakil belantara separa suci. Chem Uyaisha 6:12pm
dan biarkan Chempaka berbisik kembali. purnama kian mengambang, bercampur yuda semu usai. tiba-tiba pawana ganas mendobrak seketeng maka si Chempaka jauh terpelanting. tiba-tiba juga sakit si Chempaka. ubati walang diri. Chempaka pantas menyepi. lebih baik bersunyi. apabila kian diri kembali, nah! suarakan ilham hati. akhirnya adinda mengerti. maaf itu kekata suci. biar diri kembali murni. harap kekanda juga mengerti...
(cerita cinta Amir Hamzah kepada Ilik Sundari yang tidak kesampaian kerana dipaksa berkahwin dengan Tengku Kamaliah) Hanyut aku, kekasihku! Hanyut aku! Ulurkan tanganmu, tolong aku Sunyinya sekelilingku! Tiada suara kasihan, tiada angin mendingin hati, tiada air menolak ngelak, Dahagakan kasihmu, hauskan bisikmu, mati aku disebabkan diammu, Langit menyerkap, air berlepas tangan, aku tenggelam, Tenggelam dalam malam Air di atas menindih keras Bumi di bawah menolak ke atas Mati aku kekasihku, mati aku!