Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Tia dan Andy - Hawa Mahal, sebuah pandangan

"Kau wanita yang paling berbeza." Jemari Andy masih bermain dengan kamera kecil yang baru dibelinya. Katanya, kamera buat mainan. Suka-suka. Fikirannya masih tentang Tia walaupun matanya sudah terpikat pada struktur Hawa Mahal di hadapannya. "Apabila wanita lain petah memuji cantiknya gunung-gemunung dibalut salji, banjaran yang menelan mentari kau memilih untuk memuji bangunan ciptaan manusia. Kau menentang kebiasaan." "Bukan aku yang menentang biasa, aku cuma menjadi yang biasa. Biasa bagi diriku dan dirimu, insan-insan yang hidup diapit belantara batu bata. Lagipun, bukankah ciptaan bangunan itu lebih indah? Kau fikirlah. Keindahan alam itu terlalu murni sifatnya kerana ia tercipta langsung daripada Tuhan. Bangunan pula.. Ya seperti bangunan di depanmu ini lebih indah kerana hadirnya tidak langsung daripada Tuhan, tetapi melalui proses penaakulan insan yang dipilih olehNya. Terlalu banyak kita boleh bersoal tentang sebuah bangunan hinggakan