Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

di sebalik ada

Ada urna di sebalik kaca Ada senyum di sebalik airmata Ada sirna di sebalik gelita Ada nuansa di sebalik bah Ada suara di sebalik siulan Ada suara di sebalik sang pawana Ada cahaya di sebalik sang pemuja Ada getar di sebalik bianglala Ada doa di sebalik segara Ada ilham di sebalik aku Ada puisi di sebalik kamu

bola

Andai aku sebiji bola Apakah yang mungkin ku rasa? Pasti ku bahagia Menjadi teman anak comel Dia asyik melambung bolanya Melambung ibarat itu adalah puncak kebahagian Aku dibuai di dalam permainannya di setiap senja Sungguh anak itu pintar Lambungannya kuat Namun seringkali dia berjaya menangkap diriku Aku asyik dengan keseronokkan yang dikongsi bersama Sedang dia melambung tinggi Suara ibunya memanggil pulang Oleh kerana terkejut, aku dilupa untuk ditangkap Lalu aku terjatuh ke dalam kolam Ku lihat anak itu hanya membiarkan aku pergi Aku jadi kaget Tiada haluan, dibiar sendiri Terapung-apung mencari tujuan Jika engkau membaca bait-bait yang lahir dari hati Kau akan sedari Aku di sini telah menanti Namun aku tidak mungkin terus menanti

Serunai

Saat ini Ku tahu arah rinduku Sedang aku masih merindu Adakah dia pun begitu? Serunai biru melagukan irama sendu Aku hanya mampu melakar bait-bait Yang lahir dari sanubari Aku tak pantas dicintai Atau dia yang tidak patut menadah kasih Bosan aku dengan keliru Sungguh buat aku terfikir-fikir Hidup suatu pengembaraan singkat Andai aku membuang masa Baik aku teruskan perjuanganku Untuk apa aku terus menagih Memendam rasa, meminta simpati Bangun dari tidur lalu bertahajud Itu yang sebaik langkah yang patut ku atur