Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009
terlihat lagi si dia dari jendela akhbar. bersyukur aku tadah tangan dan senyum sentiasa memekar. mother katakan ia terlalu 'sastera', aku hanya tersenyum. ternyata itu adalah aku sekarang. jocasta dipuji melangit. aku sangat berterimakasih pada semua..
sebuah lagu rindu merubah segalanya. kaget. kata itu menceritakan segalanya. pada malam sunyi ini, aku masih bersemangat mencoret segala rasa yang sedang bergejolak di dalam nubari. aku ingin katakan tentang dia dan dia. dia dan dia berterusan bukan milikku. yang satu memungkiri janji, bukan hanya denganku malah dengan yang lain. yang satu lagi hanya igauan ngeri. sedih bak jatuh di dalam gaung sendiri. iya.. sendiri lagi aku berkelana. kelana kembara belantara. mendung berarak gerimis pulang. hujan kembali menyimbah jiwa. kaca harapan berderaian ribu. pinjamkan gemala sakti agar kaki ini tidak melecet lagi. sendiri... iya, benar kali ini aku sepi.
laksana lestari kelam sukma kelana kanda berita gembira ujian dinda sedikit cuma mata bak panahan geroda buluh perindu pengganti suara kasih tersemat lekat di dada pawana asmara kembali menerpa kali ini ikhlas si dia tunduk sesama kita terkerisin, bertemu bersama ana dan anta anti sama ana cuba dicuba
semalam dia muncul lagi. sekali lagi telatahnya agak kurang menyenangkan aku sebagai seorang penuntut. seorang guru agama yang begitu dihormati dan sangat shadid, aku lihat memakai rantai emas di leher. ah.. terlalu jijik perlakuannya. namun aku tidak sempat menegur. mengapa aku sering bermimpi yang bukan-bukan tentangnya? ah.. mimpi bukankah mainan tidur? tiada yang pelik tentang itu. dan aku entah kenapa terlalu rindu untuk bertemu lagi dengannya. aku terlalu mengagumi ilmunya. mungkin kerana itu aku diberikan mimpi yang bukan-bukan. mungkin alasannya agar aku tidak mengikutnya membabi buta. dengan erti kata lain, aku boleh bertaqlid hanya punya sebab yang aku percaya dan utuh..
aku tidak boleh mengilhamkannya. sekali terimbas tentang dia, pasti dirinya akan menurutiku ke alam mimpi. dia.. seorang ustaz yang pernah mendidikku. teruja sekali untukku mencoretkannya di sini. sang ustaz ini menjadi rebutan di sekolah. wajahnya yang keanak-anakkan dapat menjerat nubari mana-mana anak gadis (walau usianya jauh lebih lanjut dariku). aku juga turut terpanah dengan auranya. sayang sekali, setiap kali pesonanya aku jamah, dirinya aku temui di alam mimpi. malangnya, segala mimpiku tentangnya senantiasa berbaur yang kurang enak (apatah lagi sebagai seorang ustaz). hingga adakalanya aku lari dirinya kerana terkesan dengan sebuah mimpi. lama dia tidak singgah dalam mainan tidurku. namun semalam dia muncul lagi. kali ini, dia lebih sopan. tiada yang buruk tentangnya aku gali dari mimpi semalam. ternyata hati ini masih terpesona pada auranya....
mungkin menjadi seorang penulis, aku diberi lesen untuk menerawang di dalam dunia imaginasiku. aku sering teringatkan si dia A, si dia B, si dia C. tidak pernah putus imaginasi yang menyelinap masuk. terkadang aku terbayangkan hidupku dengannya A, dengannya B, dengannya C. biar apa yang dikatakan orang lain. aku selesa begini. sekurang-kurangnya aku tahu apa yang mungkin terjadi jika apa yang aku angankan itu benar-benar terjadi. haizzzz. hidup ini memang penuh dengan imaginasi. percayalah.. tiada imaginasi yang sia-sia. imaginasi memungkinkan impian, imaginasi memungkinkan cita-cita, imaginasi memungkinkan ilham. dengan itu, jangan pernah menyesal menjejakkan kaki di alam 'penerawangan'....
menyelak blog orang lain, aku terbaca catatan seorang yang sangat disanjungi. beliau menukil bahawa beliau amat rapat dengan sepupunya. sepantas kilat, cerminan hidup aku tatap. iya.. sepupu adalah teman yang sering dicari bagi anak tunggal (aku mengklasifikasikan diriku sebagai anak tunggal kerana aku seorang sahaja anak gadis di dalam famili besar). terkadang, aku menyamakan diriku dengan sepupu-sepupuku yang lain. aku menjadi sebahagian dari mereka. hingga kini, mungkin rasa ini masih melekat erat dalam hati. mungkin lahiriahnya, aku seorang gadis yang gemar melawa, seperti gadis-gadis yang lain. namun jauh di lubuk hati, aku kelelakian. adakalanya aku lebih selesa berkawan dengan kaum adam, bergurau dengan mereka, berbahasa seperti mereka. agak sukar untuk aku hakis sifat 'anak lelaki' dalam diriku. tapi tidak bermakna aku bukan seorang wanita sejati. ya.. itu azamku untuk tahun ini. aku ingin menjadi seorang wanita yang lembut (lahir dan batin).... selain daripada memonto
Jangan kau pandang bibir yang manis Kerana dia bisa menghancurkan Jangan kau pandang wajah yang indah Kerana dia bisa meracunmu Dengarlah hai teman Dengarkan bersama Aku menulis bukan kerna nama Kerna sifat kasih Pada sesama insan Dan menyatakan kasih sayangku Kita sama semuanya sama Apa yang ada hanyalah kehidupan Jangan kau dengar puisi dusta Kerana dia merosakkan jiwamu Dengarkanlah puisi di pusaka Yang telah turun menurun hari ini Jangan kau alas hatimu itu Dengan secebis warna kehitaman Dialah seperti anai-anai Lambat laun hancurlah dirimu sweet charity~ ramli sarip
kiasu. 1 perkataan yang amat sesuai dengan situasi diriku. pagi tadi aku bersiram dan keluar dari bilik mandi dengan bibir biru (kerana kesejukan yang teramat). semalam heboh seperut ukm tentang ketiadaan air pada dua hari berikutnya. ah!! stress!! baru kini aku rasakan betapa peritnya hidup tanpa nikmat Tuhan yang satu ini. secara logiknya, jika tiada air bermakna tiada makanan (kerana setiap masakan perlukan air hatta serendah mi segera). nampaknya warga ukm bakal kebulur dan masam buat dua hari. hahaha. aku? jika semua orang masam, buat apa aku malu untuk ke kuliah??!! HAHA.
Ke Dawama. pengalaman yang bercampur baur. keghairahan digambarkan sepertimana sepuluh tahun lalu, ketika aku bertemu dengan poly pocket di toy'r'us. terlalu seronok hingga tidak sedar jumlah harga keseluruhan melampaui wang yang dibawa. berikut adalah salinan resitku; Harga sebuah maruah - rm25 (diskaun 15%) - rm21.25 La Q - rm 14 (diskaun 70%) - rm4. 20 Mahabbah - rm30 (diskaun 15%) - rm25.50 Mengkaji Teori Sastera: suatu pengenalan edisi kedua - rm20 (diskaun 20%) - rm16 Psikologi Personaliti - rm24 (diskaun 20%) - rm19.20 Rapsodi - rm12 (diskaun 70%) - rm3.60 T.Pinkie's Floor: a nostalgia play - rm20 (diskaun 20%) - rm16 Terminal Terakhir - rm12 (diskaun70%) - rm 3.60 by the time this entry was posted, I HAVENT PAY MY DEBT OF RM 100 TO MY ROOMATE!!
dat was so funny!! smlm kesemua sahabat sejati sejak aku melangkah masuk ke gerbang UKM datang ke kamar hinggap bersama sebuah kek hari jadi. pada ulta ku yang lepas, mereka tidak sempat memebrikan kejutan hingga terpaksa menundakan sambutan milad ku ke hari ini. terkejut dengan kehadiran mereka, tanpa sebarang lagu ucap selamat, kami menikmati kek dengan penuh nikmat. bukan sahaja krik yang lembut cair di dalam mulut, tetapi memori dan sidang yang bergema di kamar Keris Mas ini sangat meriah. terima kasih Feeq, Dyah dan Nad yang tidak putus-putus menghiburkan hatiku!! luv u gals so much! FRENZ FOREVA!!!
terasa seperti di awangan!! tidak tergambar betapa seronoknya apabila cerpen yang dihasilkan (leteran ibu masih bergema apabila sibuk menghabiskan cerpen ini, tidak tolong beliau di dapur) tersiar di majalah dewan siswa. hey.. INI MAJALAH YANG DIIKTIRAF DI SELURUH MALAYA!!!!!!! pujian yang tidak putus2 dari Dr Mawar sendiri cukup membuat diri seperti mahu menangis. Terlalu kuat lambungan pujian seakan diri seperti lemas. percayalah, ini adalah pemangkin untuk diri ini untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. kentalkan semangat, InsyaAllah diri akan berjaya!!!!!
aku benar-benar percaya bahawa azam akan membuatkan seseorang itu berfikiran negatif. kenapa? benar menurut artikel ini, azam tahun baru menjadikan seseorang itu berfikir bahawa dia tidak sempurna atau berasa serba kekurangan pada tahun yang sebelumnya. apabila azam yang baru tidak terlaksana secara tidak langsung, dia masih lagi merasa diri serba kekurangan. akhirnya, seseorang itu tidak akan punya keyakinan diri dan selamanya merasa diri mereka lemah.... http://http://sg.news.yahoo.com/afp/20090101/tls-newyear-britain-health-aeafa1b.html
FOR THE DESPERADO!!! (but why wear shirt? the dummy shud hv wear juz a short sleeve tees with some tatoo on the arm. looks more macho..)
Bésame, bésame mucho Como si fuera esta noche La última vez Bésame, bésame mucho Que tengo miedo a perderte Perderte después Bésame, bésame mucho Como si fuera esta noche La última vez Bésame, bésame mucho Que tengo miedo a perderte Perderte después Quiero tenerte muy cerca Mirarme en tus ojos Verte junto a mi Piensa que tal ves mañana Yo ya estaré lejos Muy lejos de ti Bésame, bésame mucho Como si fuera esta noche La última vez Bésame, bésame mucho Que tengo miedo a perderte Perderte después Bésame, bésame mucho Que tengo miedo a perderte Perderte después Que tengo miedo a perderte Perderte después