Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009
pengalaman pertama kali naik ke atas panggung. bangga sebentar apabila merasakan darah bangsawan masih mengalir di dalam jasadku. begini rupanya perasaannya menjadi anak wayang. baru aku sedar mengapa ayah sangat melarang aku menjadi dirinya. bukan sahaja pergaulannya yang bebas, tetapi juga bebanan kerjanya terlalu berat untuk digalas, lebih-lebih lagi aku seorang anak gadis. beberapa foto sempat terakam sewaktu sesi solekan sebelum teater bermula. ah.. pengalaman yang sangat menyeronokkan...
Guess mine is not the first heart broken My eyes are not he first to cry I’m not the first to know There’s just no getting over you Hello I’m just the fool who’s willing To sit around and wait for you But baby cant you see There’s nothing else for me to do I’m hopelessly devoted to you But now There’s nowhere to hide Since you push my love aside I'm not in my head I’m hopelessly devoted to you Hopelessly devoted to you. Hopelessly devoted to you My head is saying “fool forget him” My heart is saying “don’t let go” Hold on to the end That’s what I intend to do But now There’s nowhere to hide Since you push my love aside I'm not in my head I’m hopelessly devoted to you Hopelessly devoted to you Hopelessly devoted to you
A: engkau dengar katanya semalam kan? K: iya.. mengapa? tidak bermakna aku harus berhenti merenungnya. A: tidak la.. tapi engkau sendiri lihat. dia yang macam mana sedangkan kau sendiri bagaimana. sudah lah. lupakan saja. K: aku sudah mula melupakan. tetapi engkau yang masih terus melegar-legarkan persoalan itu di taklukanmu. engkau yang patut menghapuskannya. bukan aku. A: bagaimana ya sekarang? ya.. aku akui aku sangat senang berada dengannya. teman rapatku menyatakan dia cocok buatku, sedangkan teman rapatku juga menyatakan yang sebaliknya. K: tak usah lah.. mari bersamaku. kita buangkan dia dari hidupnya. A dan K akhirnya bersatu.
H: aku sudah terpaut padanya. A: engkau tidak berpendirian. mudah sahaja engkau katakan sedemikian. H: tidak.. pabila mata berpandangan dengannya, aku ibarat terikat. A: jadi engkau lah yang memaksa mata untuk terus merenungnya? sedangkan engkau tahu itu sekadar mainan sahaja. H: iya... tapi tiada salahnya aku memaksa mata menjamuku. ah.. engkau juga sering teringatnya bukan? A: aku terpaksa melayanimu. jika tidak engkau tidak henti-henti memujanya walau dalam solat. tidak bolehkah engkau kikis segala saki-baki perasaan? H: boleh. hanya jika engkau juga lupuskan bayangannya dari kotak taklukanmu.. diam. A menjalankan tugas sementara H cuba mengawal jajahannya...
tujuh puluh. klw aku diberi goldfield syndrome, aku tidak mahu. tetapi terkadang aku pingin sekali. bosan memikirkan masalah semalam. ingin aku bangkit hari ini dengan minda yang baru. bosan!! benar-benar aku bosan! mengapa tergamak manusia menyempit manusia. jika aku mampu hilangkan segala ini, mahu sahaja aku ceduk tujuh puluh dengan sendiri. ah.. teringatkan puteri gunung ledang. aku tidak tahu angka tujuh itu bererti musibah atau sebagainya. namun dalam Islam, angka tujuh itu penting kan? ah.. benar tujuh menghimpun problema.. sedang airmata hampir kering, aku bermimpi lagi. tujuh.. Tuhan.. aku menadah tangan padamu. aku benar-benar kecewa di sini..
semakin hari, debarnya semakin memuncak. atma meronta-ronta. takut. takut. takut! entah kenapa tiba-tiba tanganku menggigil dan kakiku terasa sejuk. bukan faktor hari yang sedih pastinya. mungkin fikiran terlalu menerawang jauh, hingga ke hari itu. ah!! adakah aku sendiri sahaja yang begini sedang yang lain tenang-tenang sahaja?? namun patut juga aku begini. semuanya bergantung padaku! ah!! tekanan demi tekanan menghimpit diri. ingin aku menjerit! AAAAHHHHHHH!!!!!! bagaimana harus aku bertenang sedangkan kita belum mencapai tahap sempurna???? tolong ya Rabbi! aku terlalu takut....
ke ulu yam semalaman. penat dan seronok bergaul rata. tentunya memori ini tiada bandingan. bermesra bersama taulan (yang boleh ku katakan kebanyakkannya adalah ustazah2 al-Quran), mengilhamkan pelbagai rasa. terlalu seronok hinggakan tidak terucap madah...