Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Andy dan Tia - Kebiadaban

Aku terlupa kiranya kau seorang yang mencintai perasaan. Ya, perasaan dan dirimu sentiasa berpimpin tangan dalam kehidupan, hingga kau merasakan ia adalah segala harta dunia yang kau miliki, sementara aku ialah teman yang kau cari ketika perasaan tidak mahu bertindak apa-apa. Kadangkala aku cemburu pada cintamu dengan perasaan. Dan malam ini kau raikannya bagai menantikan kekasih yang sudah lama menyepi. Aku terduduk, menanti kau menghulurkan tangan seperti malam-malam sebelumnya. Namun kau terlalu asyik menari lalu letih bersama perasaan. Ketahuilah, aku kesal saat aku bicarakan kata-kata itu. Kata-kata yang pernah kau benci suatu ketika dahulu. Kata-kata yang disebutkan tanpa aku sedari hingga membuatkan perasaan hadir semula untuk memelukmu. Kononnya, ia mahu memujuk. Namun aku tahu kau akan lemas dalam dakapannya. Aku tidak boleh berbuat apa, kerana kesalahan bukan sepenuhnya terletak atas pundakku. Celaka punya lidah! Mungkin aku perlu menyerah untuk malam ini? Akan ak

Andy dan Tia - karangan untuk Fia

Pertanyaan: Bagaimana kiranya jika apa yang kau gubah itu dicemuh orang? Tidakkah kau khuatir ditertawakan? Andy kulum soalan itu. Terlalu lama hingga Tia sangkakan lelaki itu mahu meludahnya dengan apa yang terkumpul. Namun Andy cuma diam. Hakikatnya, Andy tidak tahu bagaimana untuk meluahkannya. Menyusun kata-kata tidak sama seninya dengan menggubah bebunga. Yang ditertawakan ialah dirinya, bukan karangan bebunga yang disusun letak dalam pasu  itu . Dia tidak pernah ambil peduli atas hilai tawa orang lain. Dosa ditertawakan itu bukan terletak atas karangan bunga itu, tetapi dirinya. Maka adakah demi menutup kekerdilan diri, maka karangan bunga yang indah itu dibiar simpan di kebunan sahaja? Tia tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk membuatkan lelaki itu berbicara. Bebunga yang dibentangkan atas meja oleh Andy masih tersusun, menunggu untuk dipotong tangkainya sebelum satu-persatu menjadi korban pada suatu keindahan yang bernama seni.