Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009
Bintang -bintang yang berhamburan cahayanya di langit itu memandang kepada keduanya sebagai menumpang bersukacita dan berbesar hati dengan nikmat-nikmat pertambatan cinta berahi anak-anak Adam yang muda belia yang sedang berjalan di jalan raya yang sunyi itu, maka pada masa itulah Encik Abdul Rahman memandang kepada langit sambil berkata: "jikalau sekiranya mengetahuilah bintang-bintang itu akan kandungan hati kita pada masa ini, nescaya tidaklah ia menyerukan malam yang sunyi ini kepada bersegera-segera mendatangkan cahaya matahari membalikkan masa yang penuh dengan rahmat kepada siang yang mewajibkan kita berasing sementara kerananya" (A. Kadir Adabi 1988: 126)
sudah sekian lama puspita tidak berpuisi. entah pada purnama mana akhir puisi dilagu. malam sunyi menjadi teman. biar alun bayu berbisik puisi, melawan ganas ombak pantai. Terima kasih rembulan terima kasih rembulan suci peneman sendu dalam nubari jauh cintaku belayar pergi mahu dikejar, ternyata kaki digari sudah diseru kuda sembrani penawar dicari rawan di hati terima kasih rembulan manis ternyata merah terlalu bengis duduklah puspita dalam tangis nubari pedih bak dihiris sedar harapan jelas tipis penantianku ini takkan terhakis sampai kapan pun tidakkan habis terima kasih rembulan penuh jadikan penantian ini tiada jenuh mengubat hati sebelum lumpuh yakin kasihku ini terlalu kukuh ah! ku terdengar laungan guruh biar ku mencari tempat yang teduh akan ku ke sini lagi menjelang subuh demi menanti sekujur tubuh ingin ku lena dalam dakapan teguh kasih yang ku nanti dalam jauh ilham uyaisha ~ 2009
chempaka terasa bahangnya. bukan api kasmaran yang membuak, malah semarak unggun intelektual. bagaimana ya harus chempaka lukiskan pada pasir pantai tentang gejolak jiwa? memang bukan chempaka yang berangkara, namun chempaka terkait sama. seru bergelut dalam persaingan ilmu. iya, sayang sekali langkah chempaka diikat ketat, maka chempaka hanya tersenyum dari jauh. biarlah mereka beradu. tenaga ilmu ternyata seru. sekali lagi, terasa mahu ikut serta. ternyata layar nakhoda selalu bergelut dengan pawana ganas, begitu juga dengan naga sembrani milik kekanda sahabat. siapalah chempaka ini, diri masih dianggap kerdil.
mekar bunga kuntuman hati ada beliau yang memuji walau tipis sahaja menyusup ke telinga cukup bagi memulakan hari indah hari disulami tenunan ceria hingga saya sendiri benci mengakhirinya
Nakhoda berlayar lagi. kali ini dermaganya jauh ke Pulau Belakang Mati, maka Chempaka datang menyambutnya. riang Chempaka berteman Nakhoda. berbahgi tawa sendu, ternyata Nakhoda panglima samudera pengasih. namun tadi singgah merpati putih, sahibul akrab Chempaka. bicaranya disangka cemburu, maka Chempaka hanya tersenyum melayan tingkah unggas suci itu. memang selama ini, merpati tempat Chempaka berkongsi senyum lara sejak jentayu di kejauhan. sangka Chempaka tersilap rupanya. ada benar pada risalah merpati, Nakhoda punya seorang Srikandi. ada duka dalam diri Chempaka? secalit tetapi cepat dihiris pergi. namun kecewa pula pada nasib Srikandi. sudah diadu pada merpati, bagaimana penyelesaiannya? pujuklah Srikandi. ah! ternyata merpati juga tiada berketahuan gerangan sang Srikandi. kasihan pada wanita itu, Nakhoda mempersia kasih yang ditaburi seikhas hati. riang Chempaka berteman Nakhoda adalah milik Srikandi sebenarnya. sudahnya... Chempaka hanya membiar layar Nakhoda ditiup pawana. bia
CINTAKU JAUH DI PULAU Cintaku jauh di pulau, gadis manis, sekarang iseng sendiri Perahu melancar, bulan memancar, di leher kukalungkan ole-ole buat si pacar. angin membantu, laut terang, tapi terasa aku tidak ‘kan sampai padanya. Di air yang tenang, di angin mendayu, di perasaan penghabisan segala melaju Ajal bertakhta, sambil berkata: “Tujukan perahu ke pangkuanku saja,” Amboi! Jalan sudah bertahun ku tempuh! Perahu yang bersama ‘kan merapuh! Mengapa Ajal memanggil dulu Sebelum sempat berpeluk dengan cintaku?! Manisku jauh di pulau, kalau ‘ku mati, dia mati iseng sendiri. ~chairul anwar~1946
Cenderawasih berpatah sayap sebentar. Titah dari yang berdaulat, nanti pada sang geroda. Bakal kamu terima penawarnya. Eh… tanpa disangka, muncul pula sang naga sembrani. Tangan dihulur, tanda pertolongan disuap. Maka cenderawasih mahu dalam malu. Kisahnya mudah, cenderawasih kerap bermain dengan sang naga sembrani. Apa kata geroda? Erm… mudah sahaja. Selagi geroda bermain di kayangan, bumi hina saksi semuka naga dan cenderawasih. Berdosakan cenderawasih? Bagai jawabnya. Geroda tidak berani turun ke bumi, sedangkan cenderawasih suka bermain di pinggiran tasik. Bukankah tasik tempat hinggap naga? Jadi, begitulah jadinya.