Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010
saban hari, chempaka masih terngiang pada satria pujangga. kenapa begitu layaknya? ah! biarkan sahaja. pengorbanan tidak pernah diberi pilihan untuk keluar darinya selain menghadapinya ( Pesona Sandora ). iya, chempaka akur akan itu. maka dikuatkan tekad menempuh segala yang mendatang. tambahan pula, kerja memandikan merpati dan jentayu bikin chempaka terlupa tentang masa. baguslah begitu. namun melayan karenah jentayu dan merpati bermaksud menempuh sebuah lagi lawang duka. tidak mengapalah. ada ganjaran untuk semua jenis kesedihan dalam dunia ini.
kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita kerana kita tak boleh selalu melihat ke belakang supaya kita memandang masa depan. kita dilahirkan dengan dua telinga di kanan dan kiri supaya kita dapat mendengar pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah. kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita, sehingga tak peduli semiskin mana pun seseorang itu, kita masih kaya kerana tidak ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita dan fikiran kita. harga sebuah fikiran yang tersimpan dalam otak kita jauh lebih mahal daripada emas dan berlian. (Pesona Sandora 2010: 187)
kini baru chempaka sedari. rupanya jentayu yang berangkara. ah! kerana sang jentayu penyatu suara, maka chempaka dirudung kasmaran tidak terhingga. maka chempaka menyimpul, bahawa mahu dipanjangkan rajuk pada sang jentayu pula. agar segala cicitnya bisu cuma.
Puisi bukan saya Puisi bukan saya Yang mengalun kata nan pudar Yang membisik suara nan sukar Yang melempar fikrah nan samar Puisi bukan saya Lemas dalam cinta Igau dalam nestapa Runsing dalam gelora Puisi bukan saya Pencarian masih bermula Tangan dilepas, mahu penuntun segera Mohon jadikan Puisi itu saya
kejam! bayu yang menghembus ternyata kejam. merpati juga bersubahat. sengaja bikin chempaka hilang waras. sebentar chempaka dirudung malu. mahu bersembunyi di gunung Wirama Pura sebolehnya. ah! ternyata mendaki itu penat juga pekerjaannnya ya? maka chempaka memilih untuk merenung kembali. iya, tidak mengapa pada satu kesalahan. disisip memori juga kiranya. maka chempaka kembali berlayar. dermaga semu merah ditinggalkan. biar apa dikata orang, chempaka puspita yang hebat. ah... lucu sahaja.
cendana! akhirnya chempaka bertemu dengan zauj cendana. terlalu bahagia hingga serasa mahu mengeluarkan airmata. oh cendana. sesungguhnya pencarian ini terlalu lama. walaupun belum ketemu secara nyata, pasti chempaka sudah hampir ketemu jawapan. oh.... bukan kepalang girang rasanya. tapi... mahu menangis juga ya. melihatkan cendana sudah berubah lewat lembaran yang dikirim merpati. sayu. cendana lebih mulia daripada chempaka. bagaimana begini pula akhirnya. iya, masih mahu menangis. airmata gembira tambah hiba.
aduh... mungkin dingin malam terlalu dingin. mulanya chempaka sendu. entah pada bayu berapi mana yang menyapa. terlalu garang lantas chempaka jadi sakit. mahu diturut mata yang mahu memujuk, ah satria muncul di balik jendela. senyum bersilih. namun akibat bayu yang kejam tadi, canda mereka suram. kembali chempaka dalam sendu. sebentar tetapi kuat hingga hampir hilang suluh jalanan. kemudian merpati pula membawa kalimah bapanda. sendu berkalih tenang. mentalah dititip pujian buat satria. seru dalam diri chempaka. berteman dengan yang budi ternyata tidak sia-sia. rupanya sendu alamat ketenangan dihargai.
sepatutnya chempaka di dalam alam lena, namun perkhabaran yang satu bikin chempaka gelisah. bukan pada khabar itu, tapi pada yang dikirim. bukan chempaka, tetapi sang cendana. ah! chempaka terlalu rindu pada cendana. mahu dikembalikan tawa sendu bersama. namun takut juga menyelubungi diri. ah! rindu yang menebal menjadikan airmata mudah digugur. chempaka terlalu rindu. namun terlalu lama chempaka diamuk rajuk. ternyata rajuk memakan diri. bagaimana ya? harus dimulai dulu atau menanti sahaja. chempaka serasa mahu melepas rindu lewat cucuran airmata. oh cendana! ke mana hilangnya dikau? sampai benar hatimu melupakan chempaka yang sedia merindu...
berbicara sejenak bersama mak inang dikasihi. sudi berbahgi kisah dan nasihat. indah dirasa. mula-mula dikisah tentang satria pujangga. mak inang juga bersetuju pada puspita, bahawa satria ternyata satria. namun sebentar sahaja nyaman itu terasa. disedari satria punya rahsia, punya srikandi. puspita kecewa. untung ada mak inang. kembali pulih semangat tercalar. wahai mak inang, puspita sedih. puspita kecewa. langkah maju lewat setapak. namun berkeras diri puspita harus kuat. ah! masakan sekadar langkah puspita canggung, sudah mengaku tewas pada arjuna.
GETAR RAHMAT-MU Dalam soreku Dalam indah cair salju Hari menangis merinduMu Mana hatiku? Insaf sungguh Dalam getar kuasaMu