saban hari, chempaka masih terngiang pada satria pujangga. kenapa begitu layaknya? ah! biarkan sahaja. pengorbanan tidak pernah diberi pilihan untuk keluar darinya selain menghadapinya (Pesona Sandora). iya, chempaka akur akan itu. maka dikuatkan tekad menempuh segala yang mendatang. tambahan pula, kerja memandikan merpati dan jentayu bikin chempaka terlupa tentang masa. baguslah begitu. namun melayan karenah jentayu dan merpati bermaksud menempuh sebuah lagi lawang duka. tidak mengapalah. ada ganjaran untuk semua jenis kesedihan dalam dunia ini.
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.