Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Andy dan Tia - Jendela Kaca dan Senyuman Semu

"Menunganmu menjerat mimpi atau mendobrak realiti?" Saya cuba memancing. Andy membisu. Namun ada secalit senyum yang cuba terbit di hujung bibirnya. Saya yang akhirnya menghabiskan senyuman yang berbaki itu.   "Aku terlalu senang dengan Tia." Itu sahaja baris perkataan yang tersusun sejak awal pertemuan ini. Andy, si pemuda mulut karun itu sengaja menemani waktu sementara saya dibiarkan sendiri. "Aku terlalu senang dengan Tia. Aku mahu Tia sentiasa bersama dalam kesenanganku. Malah aku mahu dia juga sentiasa bersama dalam kesulitanku." Menungan Andy sejak tadi beralih pula kepada diri saya. "Aku percaya, jika dia sentiasa bersama dalam kesenanganmu, kau tidak akan sesekali sempat bersapa dengan kesusahan. Lalu kau patut bertanyakan padanya; adakah dia mahu menjadi kesenanganmu?" Andy diam lagi. Menungannya dikutip kembali lantas dibuangkannya jauh ke luar jendela dengan dihantar oleh sebuah senyuman. Kali ini, senyuman itu penuh d

Andy dan Tia - Tanah Liat dan Daging Bakar

Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti

2182- Rayuanku pada hati

maafkanku wahai hati yang selama ini kesurupan rasa hingga kupekakkan telinga mendengar pedihmu mengikut bolak-balik anganku lantas biar kau sendiri menanggung jiwa yang kusangka limpahan debunga syurgawi akhirnya menjadi gema daripada bayangan si airmata seksamu digelut duka mencarik sukma  sehingga kini aku kembali melutut meringkuh  mewakili diri dan dia yang tidak memahami. maafkanku wahai hati Chem Aizim 14 Oktober 2012