Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008
saat diri bertatih di medan yuda, nur dari mata itu meyilaukan pandangan. tenang lagaknya menumpaskan naga gentala.. sedang aku hanya terduduk, terkesima. ganjil sekali ciptaan tuhan. tiada kata mampu menggambarkan bisikan nurani. nubari berlagu panahan cupid tatkala jemala berkecah dengan persoalan. hukum dunia tiada henti. mujur ada sinar itu, maka diri mampu memahat ibtisam dalam kemelut problema. cahya itu bakal pergi, ingat wahai diri. cepat-cepat kayuh pedatimu. agar engkau tidak tertinggal di belakang sambil menagih titisan embun di tengah hari. pesan seorang taulan, "pegang kuat pada tali sebelum cinta membanjiri sukma..."
terkadang aku rasakan ia adalah suatu bebanan.. mungkin dari mata yang lain memandangku sebagai istimewa. penganugerahan yang tidak ternilai telah ku terima tidak mungkin dapat ditukar ganti. namun di pihakku pula, aku rasakan bahawa ibarat memikul bahang periuk api. kecewa, bosan bersatu dalam nubari. aku sedih. namun tiada siapa yang peduli. mujur ada si dia, pengubat luka. kerana dia aku masih lagi tabahkan kaki berdiri untuk hadapi semuanya. hanya kerana dia istimewa. entah di mana auranya, aku sendiri tidak pasti. yang pasti, kehadirannya menyenangkan diri ini. nampaknya, cenderawasih terpaksa melabuhkan sayapnya sebagaimana puteri Badrul Muin terpaksa menjadi Affandi Hakim demi mencari cinta sejati....
keseronokan jelas tergambar di wajah kami semua. sayang sekali aku tidak membawa kamera sendiri. kepada nik, angela dan ani, anda semua adalah nyawa ku ketika di sana. hehe. kepada sekalian ashab (baik yang dilakri di dalam gambar mahupun tidak), seikat terima kasih aku simpulkan di atas pengalaman dan kenangan yang terindah semenjak aku menumpang di bumi orang.....
terkadang aku rasakan kematian itu suatu keasyikan. terlerai dari belenggu masalah kehidupan. noktah bagi buku genggaman raqib dan 'atid. masalah dunia tiada hentinya. sebuah epilog kehidupan bak hukum karma. aku akui dosa yang bak bebuih di lautan. tapi jika ini balasannya, entah kenapa aku masih lagi terus di tengah samudera masai ini. ruang gelap di bawah tanah itu menunggu waktu untuk dia menjemputku ke dalamnya. terngiang cakna seorang ibu sebentar tadi, jika di negeri matahari terbit, seorang pelajar sanggup menjahit sendiri jubah bermaterialkan kafan untuk dirinya kerana tekanan pengajian. sedang aku, jika tanpa lipatan agama tersemat di dada, mungkin aku juga akan tewas di dalam bisikan syaitan atas alasan aku juga berada di situasi pelajar tadi..............
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia... Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?' Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .' Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.' 'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia' 'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?' 'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.' 'Dan apa
pagi tadi, lewat kuliah tunggal, dr mawar bertanyakan apakah definisi 'persahabatan'. ini adalah taarif yang saya gali sejak berhijrah ke mari..
another 1 thing dat a uni student nid to tink twice b4 doing (besides their assignment..) is washing their clothes.. kalau aku cuci baju, paling-paling aku khatam kerja dalam 1 jam. penat sey. lebih-lebih lagi bila nak kena kejar matahari. pada masa yg sama, aku pk dua kali utk pakai jubah or baju butterfly( kat malaysia org panggil baju kelawar)........
pada lelaki-lelaki yang ada hati nak date aku(hahaha), ini adalah panduan untuk anda semua. pada gadis-gadis di luar sana, jadikan tafsiran ini utk mendefinisikan apa maksud si dia.... ******************************************* KNOWING THE MEANING BEHIND THE ROSES YOU CHOOSE... Red – Love, beauty, courage and respect, romantic love, passion, congratulations, I Love You, job well done and sincere love Dark Red – Unconscious beauty Single Red Rose – “I Love You” White – Purity, innocence, silence, secrecy, reverence, humility, youthfulness, I am worthy of you, heavenly and charm Bridal White – Happy love Pink – Appreciation, “Thank You”, grace, perfect happiness, admiration, gracefulness, gentleness, please believe me Dark Pink – Appreciation, gratitude, thank you Light Pink – Admiration, sympathy, gentleness, grace, gladness, joy and sweetness Yellow – Joy, gladness, friendship, delight, the promise of a new beginning, welcome back, remember me, “I care” and jealousy Yellow with Red Ti
hari ini mataku bengkak lagi.... huargh!!! stress sey, nanti kawan-kawan tegur.. huargh!! this type of sickness is actually because of low immune system. actually cant agree more la.. duduk kat malaysia really buat aku fikir dua kali. aku duduk sini, secara tidak langsung aku jadi kuat. aku terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara yang pada aku dulunya ridiculous. such as senduk makanan yang pernah disinggah lalat before aku senduk. dulu pada aku benda macam ini akan buat aku sakit, dan aku akan hindarinya. tapi sekarang akibat aku takut sakit yang dulu, aku da sakit sekarang. because of what?? sebab aku terlalu dimanja dengan kebersihan . look at my hometown, everywhere ada shelter, ada escalator etc. tak mustahil 1 day my ppl will become the ppl dalam movie Wall-e. tk berkhasiat langsung. huargh!! berdenyut lagi mata aku... kena potong lagi la nih.....
hari raya adalah masa untuk kita kunjung-mengunjung. entah kenapa tiba-tiba diri ini teringat peristiwa kunjungan ke rumah jiran pada suatu petang. pada saat kami sekeluarga sudah berada di bait jiran itu, datang pula sefamili lagi saudara si jiran. setelah berborak lama dengan mereka, tersembur dari mulut seorang wanita di kalangan famili itu, "awak ni macam biasa nampak. selalu kat masjid ghufran ke?" kata-kata itu ditujukan pula pada ayahku. aku dan adik hanya tersenyum simpul. kami tahu jawapan ayah (hanya menggeleng) dan termasuk mother juga, menyembunyikan tawa kecil. setelah keluar dari rumah tersebut, kami sekeluarga menyakat ayah dengan berbagai jumlah. hahaha. ayah hanya tersenyum sipu. sebenarnya ayah adalah seorang bekas penggiat seni teater di Singapura . mungkin mak cik itu pernah menonton ayah di atas pentas atau di kaca tv. candaan yang masih terlekat di jemala kini ialah; "wah.. ayah masih ada peminat sey!!" ayah makin tersipu
bila da duk sini, rindu plak kat korg..... kemeriahan bersama memang akan terus mekar di ingatan. kenangan ke'kengkang'an aku masa jalan kat interchange bedok, misteri kehilangan kasut-kasut (kasut aku masih dapat diselamatkan), ke'paisey'an kita semua pergi madrasah dengan baju raya dan lain-lain, akan terus menjadi mimpi yang indah untuk aku selam di kala keseorangan. miss korg sangat2..........
semalam sedang aku melungsuri internet dan melayan beberapa teman di bilik bual pada jam 12 tengah malam , bunyi ketukan bergema di balik pintu. terkejut bercampur curiga, paling meluap-luap adalah geram.. pada waktu begini, siapa saja yang menganggu ahli bait yang ingin berehat. sebaik pintu dikuak, seorang gadis kecil molek sedang berdiri sambil memegang sebuah balang yang bersaiz sederhana. tanpa rasa bersalah, tersembur ayat dari geseran dua bibirnya, "kami dari fakulti pendidikan hendak memungut derma untuk rumah tumpangan orang-orang kurang upaya". oleh kerana memikirkan kebajikan, maka keluarlah RM5 dari dompet dan diisi ke dalam balang tersebut. kritikan: apakah bangang mintak derma pukul 12 malam??? tak tau ke orang nak rehat.. nasib baik aku lom tido. menyirap juga darah.. nak buat amal kebajikan pon agak-agak la waktu. tak pas exam civic agaknya... dalam balang tu dimajoritikan duit RM1 . pahamlah da abis raya ni poket kering ckit. nak nukil sikit joke yang perna
sekadar berkongsi pengalaman.. aku telah berjaya menulis sebuah cerpen. setelah bertemu dengan Nisah haji Haron di dalam bilik kuliah, aku telah memberanikan diri menghantarkan cerpen tersebut ke ruangan cerpen remaja di suratkhabar Melayu di Singapura. sepulangnya aku ke sini setelah bercuti sempena menyambut aidilfitri, aku dikejutkan pada pukul 730 pagi oleh ibu lewat panggilan telefon tentang tersiarnya cerpen itu di muka akhbar. diri ini dipukul dengan bayu kegirangan sejak isnin yang lepas. moral of the story: pada sahabat kalian, jangan ragu-ragu untuk mencuba nasib. hantar sahaja karya anda.. (sepatutnya boleh dapat duit, but still waiting for the check.. $$) karya hamba boleh dibaca pada alamat: http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,128046-1223330340,00.html ?
Hati: akhirnya engkau berani mengenakan kasut bertumit setinggi 2 inci untuk berhari raya. Akal: engkau membunuh kakimu sendiri. Engkau sengaja memanggil lenguh dan letih untuk singgah di telapak kakimu. Hati: ah! Biarlah. Bukan selalu engkau dapat rasakan pengalaman ini. Lihat semua yang berada di sekelilingmu, mereka berbelanja bermatian- matian untuk aidilfitri. Engkau mahu ketinggalan? Akal: engkau mahu tergolong dalam kelompok yang dimurkai Tuhan kerana membazir? Hati: tidak mengapa, wahai diri. Jangan engkau gusar. Bukan selalu engkau dapat menghabiskan wang ayahmu sehingga S$135 hanya untuk persalinan satu hari. Akal: S$135!! Kalau ditukarkan pada ringgit Malaysia, angkanya sudah mencecah lebih dari RM200. Gila engkau wahai diri.. Akhirnya diri memenangkan pihak syaitan (hati) demi aidilfitri yang suci.