saat diri bertatih di medan yuda, nur dari mata itu meyilaukan pandangan. tenang lagaknya menumpaskan naga gentala.. sedang aku hanya terduduk, terkesima. ganjil sekali ciptaan tuhan. tiada kata mampu menggambarkan bisikan nurani. nubari berlagu panahan cupid tatkala jemala berkecah dengan persoalan. hukum dunia tiada henti. mujur ada sinar itu, maka diri mampu memahat ibtisam dalam kemelut problema. cahya itu bakal pergi, ingat wahai diri. cepat-cepat kayuh pedatimu. agar engkau tidak tertinggal di belakang sambil menagih titisan embun di tengah hari. pesan seorang taulan, "pegang kuat pada tali sebelum cinta membanjiri sukma..."
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.