Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009
pengalaman ke perpustakaan negara malaysia sangat menyeronokkan. bayangkan, berpasukan seramai 11 orang, kami ke sana hanya dengan pengangkutan umum. menelaah manuskrip yang usang bak kembara tiada henti. seronok kerana membantu teman mencari miliknya yang entah ke mana.. namun kelana semalaman membuahkan memori yang terlalu berharga. malam yang masih mentah tetapi kaki tidak sanggup melayan diri yang terlalu asyik merantau.. ah! terima kasih teman-teman di atas kenangan terindah ini!!!!
smlm, aku termimpikannya.. ah!! benci sekali aku dengan mimpi itu. manakan tidak, dia menjadi temanku. hairannya, gadisnya dibiarkan sendiri, sedang aku dilayan bak puteri cenderawasih. terjaga malam, lenaku kurang. terbayang dia dengan perlakuannya yang lebih dari biasa. mungkin kerana sering aku memikirkan keadaannya yang membosankan, maka mimpi itu terbit dari hati. ah... aku tidak mahu bermimpi tentang perkara itu lagi. noktah. cukup sekadar semalam. igauan ngeri yang teramat ngeri...
berukhwah dengan saudara dari laman FB rasanya menyeronokkan. bukan sahaja dapat mengenalinya dengan lebih rapat, malah aku bendung niat yang lain. mata ini tidak jemu menyelak-nyelak gambar-gambar yang lain. terlihat saudara mudanya. ah.. aku terlalu mengagumi mereka. bijak, tampan dan berada. seronok apabila mata dihidang halwa yang manis-manis.. untuk bermesra dengan mereka?? erm.. jauh panggang dari api. tidak mungkin sama sekali. pertama mungkin kerana diriku yang pemalu dengan mereka yang lebih hebat dariku. kedua, kerana kami memang tidak mesra dari sejak kecil.. huhu. pantas masuk ke jemala, kata sheila on 7 tentang 'pemuja rahasia'; ~Kuawali hariku dengan mendoakanmu Agar kau s'lalu sehat dan bahagia disana Sebelum kau melupakanku lebih jauh Sebelum kau meninggalkanku lebih jauh Ku tak pernah berharap kau kan merindukan Keberadaanku yang menyedihkan ini Ku hanya ingin bila kau melihatku kapanpun Dimanapun hatimu kan berkata seperti ini Pria inilah yang jatuh hati
bagaimana ingin aku mulakan titahku kali ini... erm... terasa kali ini diriku begitu kejam. namun sejujurnya, aku terlalu inginnya yang terbaik. beban yang ku galas ini terlalu berat, lantas membuat diri ini terlalu tertekan. impiku: semuanya menjadi yang terbaik. namun mungkin kerana lidah yang sukar dijaga, aku pasti mengguris sesiapa sahaja.. bagaimana ingin aku suarakan pada yang lain?? mereka tidak akan faham. aku redha jika semuanya akan memusuhiku selepas ini. yang penting, usaha semuanya berbaloi dan aku akan pastikan, mereka tidak akan kecewa dengan hasilnya....
bertemu dengan saudara saffri di facebook. katanya peluang penulisan drama radio di Singapura sudah kelihatan. hey.. minat ku terlalu mendalam. ditambah dengan galakan ayah yang memang menjurus ke bidang ini juga. ah.. sayangnya tugasan sekolah terlalu bertimbun. tapi tidak mengapa. jika ada kemahuan, di situ ada jalan. maka akan ku teruskan juga perlayaranku walau beronak berliku.. :)
aku jemput dirimu membayangkan situasiku kini.. segelas air teh cino, sepinggan goreng pisang berisi lima keping, duduk bersandar di tepi jendela sambil mendengar lagu ' hati hancur jadi debu' nyanyian Hetty Koes Endang disambut pula dengan hujan di senja hari.. kicauan burung mulai kedengaran menyanyi, seolah-olah berduet dengan primadona Hetty. wow!! terlalu asyik!!