pengalaman ke perpustakaan negara malaysia sangat menyeronokkan. bayangkan, berpasukan seramai 11 orang, kami ke sana hanya dengan pengangkutan umum. menelaah manuskrip yang usang bak kembara tiada henti. seronok kerana membantu teman mencari miliknya yang entah ke mana.. namun kelana semalaman membuahkan memori yang terlalu berharga. malam yang masih mentah tetapi kaki tidak sanggup melayan diri yang terlalu asyik merantau.. ah! terima kasih teman-teman di atas kenangan terindah ini!!!!
Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti ...