Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

Manusia = Alpa

Sememangnya manusia itu alpa Tidak sedar melanggar janji Akhirnya menjadi beban pada diri Disoal Tuhan di kemudian hari Sememangnya manusia itu alpa Masa dibiar berlalu pergi Sedangkan dirinya tahu sendiri Bila ianya pergi, takkan ia kembali Sememangnya manusia itu alpa Mencari kesalahan orang sesuatu yang mesti Mengumpat, mengeji Sudah sebati di dalam diri Tanpa mencermin muka sendiri Sememangnya manusia itu alpa Nikmat Tuhan susah disyukuri Mengeluh menangis tatkala sakit pedih Bermegah pula pada apa yang bukan miliknya abadi Sememangnya manusia itu alpa Sememangnya aku adalah manusia Dan aku akui Sememangnya diriku selalu alpa

Definisi aku di sini

Hidup ini penuh dengan peluang Yang mungkin hanya datang sekali Namun insan sering terleka Mengejar apa yang hanya khayalan Kerna hidup juga harus diwarnai dengan khayalan Ramai yang mentakrif Khayalan adalah sesuatu yang mengasyikkan Namun adakah ianya sedemikian? Jika benar ianya sedemikian Mengapa manusia masih lagi melepaskan peluang yang ada Sedangkan peluang membawa kepada realisasi khayalan Atau memangkah khayalan hanya sekadar khayalan Yang membuat manusia bahagia di alam fantasi Padaku, khayalan bukan sekadar khayalan Aku bukanlah sekadar aksara Diconteng Tuhanku yang Maha Kaya Di atas kertas yang dipanggil bumi Kerna aku tahu tugasku berada di sini Aku di sini untuk menjadi khalifah-Nya Dan aku masih disini Kerna diberi peluang untuk mengejar apa yang dipanggil khayalan.

Tulisan dari si sepi untuk sang sunyi

Andai aku ini kuat berlari Akan ku merangkak sahaja dari sini Supaya andai kau memanggilku kembali Dapat kuberpaling dan menyambut sahutan mu Walau dari jauh Aku tetap sedia berpaling Namun di waktu ini Aku nekad mahu sahaja berlari Supaya tangan ini tidak sakit lagi Bertepuuk sendiri tanpa siapa sedari Aku malu pada diri sendiri Mengapa engkau masih kutatapi Walau dari jauh pesonamu masih ku sanjungi Kerana raut wajahmu yang ibarat sunyi lagi sepi Namun di waktu ini Aku nekad mahu sahaja berlari Bayanganmu ibarat mengejar Kakiku dikunci untuk tetap berlari Lepaskan aku dari rantaian ini Aku benci akan diri sendiri Mengawal diri tidak ku mampu lagi Bantu aku, jauhi diri ini.

bunyi biola semakin redup..

niari takde pape yang bez ah terjadi.. i spent my day in my room, surfing nothing in the internet. what a boring day!! yet i have the chance to change my blogskin.. hehe. my class only started at 4pm. after that, i went back to my hive.. bosan sungguh. tp takpe la.. jap je.. nnt bila assignment da berlambak baru nak terkehel. skrg tak reti2 nak lepak. nak lepak ke apa mina... ko nye skrip tak abis2 lagi. jgn lupa.. ape la aku nak tulis eh.. cite sape je yang jadi mangsa aku kali ni.. hehehe. takpe ah. pelan2 kayuh..

pikiran ah pasal skrip

boring plak duduk pat uni ni.. asik kena antar assignment je. baru 2 minggu start blaja da ada assignment skrip. ni yang leceh ni. kena perah otak. ingat senang ke nak fikir. untuk jalan cerita 100 hlmn plak tu.. stress aku. sabar2.. assabru minal iman. asik tukar2 cite je.. bila nak game kan.. camne ni eh. tu la. sape suro lecturer ni kasi extra 1 week utk fikir. kan da kena perah otak lagi. sbb skrip lama tu mcm tak bez sgt ah.. tu yg nak tukar cite. tp idea separuh jln ah.. camne ni. ya rabbi, kac la hambamu ini petunjuk. ihdina siratal mustaqim..

mafia cinta

Cinta boleh dipaksa Kalau yang memaksa adalah yang dicinta Tetapi jarang sekali yang dipaksa dapat menyinta Hanya jika yang memaksa adalah seorang mafia Mafia cinta Siapa yang sanggup menjadi mafia cinta Memaksa dengan keras Tahu jawapannya tidak ikhlas Dirinya ibarat meminta belas Mangsa hanya melayan dengan malas Malang sungguh nasib si mangsa Kalau bisa dia belari jauh menyelamatkan diri Namun kasihan kakinya dirantai duri Apa yang mampu ialah menyerah diri Rawan hati tidak didengari Mafia cinta Tidakkah punya belas dalam dirimu Apakah dirimu juga tegar dilakukan sebegini rupa Maafkan mangsa mu Sesungguhnya cinta itu tidak boleh dipaksa Cinta itu maharupa Manakan mungkin ianya dipaksa

this is my first time

this is my first blog. so i hope i'm not doing any stupid mistakes to show that i am stupid enough about the blog stuff. think i got nothing to say except for hi! for those who have the gut to open this page.:) i will post most of my poems (which i have it written in malay) for all of us to enjoy. so for now, salam.