Skip to main content

Definisi aku di sini


Hidup ini penuh dengan peluang
Yang mungkin hanya datang sekali
Namun insan sering terleka
Mengejar apa yang hanya khayalan
Kerna hidup juga harus diwarnai dengan khayalan

Ramai yang mentakrif
Khayalan adalah sesuatu yang mengasyikkan
Namun adakah ianya sedemikian?

Jika benar ianya sedemikian
Mengapa manusia masih lagi melepaskan peluang yang ada
Sedangkan peluang membawa kepada realisasi khayalan
Atau memangkah khayalan hanya sekadar khayalan
Yang membuat manusia bahagia di alam fantasi

Padaku, khayalan bukan sekadar khayalan
Aku bukanlah sekadar aksara
Diconteng Tuhanku yang Maha Kaya
Di atas kertas yang dipanggil bumi
Kerna aku tahu tugasku berada di sini
Aku di sini untuk menjadi khalifah-Nya
Dan aku masih disini
Kerna diberi peluang untuk mengejar apa yang dipanggil khayalan.

Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.