Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Andy dan Tia - sudut pandang Daruma atas Tanggang

Saya perlu menulis tentang ini. Saya mahu simpan perasaan ini buat peringatan pada masa mendatang. Saya mahu bercakap tentang #utter2016 . Suatu penghargaan terbesar buat saya kerana tidak pernah terjangkau dek akal untuk karya sendiri diadaptasi dalam bentuk filem. Hei, mana mungkin saya, si kerdil ini diberikan peluang seazmat ini. Saya bukan penulis berpengalaman, malah sebuah buku sendiri pun tiada. Maka penghargaan ini terlalu besar untuk saya pikul!  Bercakap tentang penghargaan tak terfikir dek akal ini, maka cerpen-cerpen yang saya tulis tidaklah saya bayangkan dalam bentuk visual. Saya lebih suka menulis atas sebab saya mahu memanjangkan fikiran saya lalu ia sampai pada fikiran orang lain. Maka pemilihan watak dan latar ialah perkara yang terakhir dalam fikiran. Yang penting, saya ada idea, sementara watak dan latar sebagai perantara.  Namun kehadiran #utter2016 ini memberikan kesedaran buat saya: saya terlalu sayang pada watak-watak saya, lebih-lebih lagi Andy da

Andy dan Tia - Kata dari Hati

Andy lihat Tia sendiri. Mungkin wanita itu agak janggal dengan situasi pada malam itu. Berada di tengah-tengah kelompok muzik, dia kaku lalu melangkah ke tebing majlis dan melempar pandangan pada kelam malam di kota seribu neon ini. "Kau perlukan teman?" Andy mula menyapa.  Tia terlepas daripada menungan sendiri. Dia memandang Andy yang baru pertama kali ditemuinya pada malam ini. "Kau terlalu berdiam. Hei, berbual-bual bersama kami. Mungkin kami penuh inspirasi buatmu. Atau kau lebih selesa menulis sahaja, benar?"  Tutur Andy terlalu bertubi-tubi. Setelah dihadiahkan senyuman, barulah dia sedar bahawa tindakannya itu tidak wajar untuk wanita sesepi Tia.  Tia memilih untuk senyum lalu memulakan bicara, "Aku lebih suka menulis daripada berkata. Kau tahu, menulis itu lebih ikhlas sifatnya. Dengan menulis, aku dapat bersuara mewakili hati. Apabila berkata, isi hatiku sering melalui pagar fikiran. Minda memaksa agar aku sentiasa berhati-hati pada ke