Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016
Mengapa kembali ke sini? Tanya hati. Entah. Tetapi sedarlah saya semakin matang dalam penulisan. Mengenang bentuk penulisan sendiri lewat diari, saya pernah menggunakan bahasa yang terlalu mudah hatta ia seolah-olah teh yabg tidak sempat ditapis. Saya rasa jijik pada tulisan sendiri tetapi tidak malu. Lagipun, tiada siapa yang akan membacanya! Tambahan pula, ia suatu proses pembelajaran. Setelah berada di alam universiti dan bercampur dengan lebih ramai orang, bahasa penulisan peribadi saya bertambah baik (oh, boleh ya memuji diri sendiri?). Saya lebih malu dalam berbahasa. Saya suka menulis dengan gaya berbunga. Adakalanya terlalu lebat hingga dirasakan seperti hutan bunian! Hari ini, saya masih menulis. Namun sudah ada perubahan daripada sebelumnya. Tidak lagi berbunga, lebih pada telus hingga masuk dalam jiwa. Seboleh-bolehnya, saya mahu pembaca merasai apa yang saya rasa. Oleh itu, tulisan saya kini tiada bebunganya kecuali lebih murni dengan tapisan rasa. Pastinya ia suatu tera