Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Teman - Rindu tak tinggal

Antara bayang dan pelangi kau adalah keduanya indah tanpa tapak saat kita bicara tentang aksara yang menari di balik tudung kapas kita tanpa jejak serta kiraan masa lalu pisah lagi saat rembutan baru mengerdip kembali pada kepompong usrah esoknya kau tidak hadir lagi sampai semalam aku menanti dan hari ini belum habis maka harapku memanjat ke langit semoga Tuhan memeluk doaku agar kau menari dalam hujan kerana titisnya adalah kalimah doaku yang aku titip saat mentari menangis kerna kecewa atas kesendirian lalu habis waktuku dengannya semoga esok aku tidak lagi berkata ‘pernah’ dan kau pun hadir dalam lencun doa-doaku.

Rindu tak tinggal

Pernah kau dengar kompromi karat pagar besi dan desir daun bersatu dengan angin pagi? Itulah aku pada waktu ini yang membuka kembali lawang ini. Kembali pada mandala ini, ada seribu kebersalahan menghurung diri. Pertama, aku hanya kembali setelah beberapa purnama menyepi. Ibarat kekasih yang hilang setianya, aku kembali memungut cerita yang sengaja aku tinggalkan tanpa bukti. Ah! Cerita klishe seorang pencinta yang dikeji oleh penyair. Malah kini aku membuktikannya. Munafik! Kedua, jauh di pojok hati, aku mahu memulakan yang baru untuk segalanya. Aku mahu kembali menjadi Chempaka lalu pindah ke mandala lain. Sekali lagi; betapa rendahnya tahap kesetiaanku sebagai pencinta! Mandala ini adalah ruang pertama di mana aku mula belajar menari. Dengan kiraan tapak serta lengguk tangan, akhirnya aku mampu berdansa dengan aksara yang manis belaka. Ya Rabb, kembalikan ketulusan hatiku. Pada bunda dan kekanda yang sentiasa bersabda atas ketekalan diri, aku mohon maaf. Bukan niat he