Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008
gambar ini dirakam lewat kamera telefon tangan sewaktu hinggap di teratak nenda. sang merpati merenung estet Bedok, memikirkan mana halanya selepas itu. dari tingkat 13, ia seperti raja segalanya. ia mampu melihat apa sahaja dari sudut ini. andai aku sang merpati, ingin sekali aku meneroka dunia. tambahan pula keberanian disemat waktu aku bersendirian di bumi orang ini. aku yakin, suatu hari nanti, aku juga mampu seperti sang mergastua itu. terbang ke sana sini tanpa sebarang resah dan takut berkecamuk dalam sanubari..
GOD!! I'M MISSING SINGAPORE ALREADY!! i'm missing hady mirza, the little nyonya, 'cotton on' sale and the list goes on. wasted ah i didnt grab the $5 cardigan. i wanna eat mee goreng mamak at jln sultan. i wanna continue shopping at bugis street... GOD!! i miss all the television show in Singapore. but most of all, I MISS SPEAKING IN ENGLISH WITH THE PPL AROUND ME!!
ketemu dengannya tadi.. ah.. memori lama bergema lagi. walau bukan dia menjadi halwa mataku di waktu itu, aku masih teringat pesonanya yang akhirnya menceraikan ikatan persahabatan dua gadis. sayangnya, kerana itu, ingatan pada sekalian dia dan temannya lenyap tanpa sebarang halangan. tapi tadi dia muncul lagi. kalli ini berteman yang lain. bukan membenci, jauh sekali cemburu. tapi kerap kali dia yang singgah, bukan sang kesuma dewa. sedangkan itu yang ku nanti bak pungguk rindukan bulan. ah.. jiwa ini masih tersisa rindu padanya. namun biar ia kekal menjadi jeritan sepi. Narmi tetap bertakhta dalam benak sunyi.
selamat tahun baru 1430H!!!
sudah lama benar dia tidak muncul dalam minda ini. hey.. tadi pagi aku bermimpi tentang sahabat kecilku di masa tadika. aku sendiri tidak pasti namanya. Zairil atau Zahril atau Zahrin. memang sdah lama aku tidak teringat padanya. di mana mungkin dia sekarang... hingga tadi aku bermimpi berjumpa dengannya. di dalam mimpi, dia begitu tinggi dan gemuk. bukan gemuk akiat terlebih makan, tetapi gemuk mungkin kerana terlebih steroids. hahaha. tetapi itu lah aku lihat. bangun dari lena, aku ceritakan pada temanku. katanya jangan berangan-angan. anak lelaki itu mungkin sudah tidak setampan 15 tahun lalu. hey.. 15 tahun suatu jangka masa yang lama. pasti banyak perubahan yang sudah berlaku. seperti aku kini.. tetapi jauh di sudut hati, aku masih tertanya-tanya. apa khabar dia sekarang? apa yang sedang dia lakukan? ingatkah dia tentang diriku? atau dia mungkin telah melupakanku sebagaimana aku lupa tentang dirinya....
semalam bersama seisi famili ke pawagam bersantap hidangan reptilia. haha. bukan.. sebenarnya kami sekeluarga ke panggung wayang menonton filem dari Malaysia bertajuk 'Cicakman 2: Planet Hitam'. pengalaman yang menyeronokkan, apatah lagi dihidangkan dengan lawak jenaka dari pelakon komedi Saiful Apek. namun apa ang menarik tentang cerita ini ialah mengenai watak superhero yang sangat kemelayuan sekaligus keislaman. setiap kali cicakman dipukul, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah 'Allah'. kagum aku dengan pendekatan ini. apabila sang cicak dicekik oleh watak penjarah, beliau mengucap kalimah syahadah. wah.. benar sekali aku kagum dengan hero sebegini. 'standing ovation' aku berikan pada penulis skrip, pengarah dan pembawa watak. cuma apa yang sangat dikesali ialah watak Rrama yang sering menuturkan kata 'artistik'. tidak dapat aku lihat dimana artistiknya kalimah 'artistik' itu. seusai tayangan, aku tanyakan pada famili tentang apa definisi
pesan seorang isteri untuk suaminya.... (ilham dari penikahan mawi dan ekin) wahai kekanda suami. alangkah bernilainya hidup ini apabila mendengar lafaz akadmu pada pagi yang hening itu. sungguh engkau beriya mahu merampasku dari milik ayahanda dan bonda. tidak ku rasa salahnya. kerana aku tahu bahawa aku adalah sebahagian dari tulang rusuk kananmu. aku adalah milikmu. aku juga tahu wahai kekanda suami, layar bahtera bahagia kita bakal dinaikkan. dari itu bisikku padamu, aku teramat sayang padamu. kekanda suami, kucupan di dahiku darimu amat lembut rasanya. begitu juga mungkin lembutnya kasih yang bakal engkau taburkan padaku. kekanda suami, tidakkah kekanda bayangkan, kucupan yang indah di hari bahagia bakal memulakan segalanya, dan ia jua mungkin menjadi penutup kisah kita suatu hari nanti. di dahi ini kau berikan ciuman permulaan, dan di dahi ini juga nanti engkau kucup tatkala sutera kafan membaluti jasad kakuku. kekanda suami, benar bukan kucupan itu sangat berharga bagi kehidupan
sejak kebelakangan ini, rinduku berbisik padanya. sudah lama dia tidak singgah di jendela hati ini. namun entah kenapa pabila pulang ke kota ini, hatiku terusik tentang dirinya. apa khabar cinta? rasa syauqku bertalu padamu. dimana dikau sekarang? apa yang sedang engkau lakukan? ingin ku sampaikan lewat bayu menderu bahawa aku tidak pernah melupakan dirimu. walau engkau tidak pernah mengenali siapa diriku, jauh dilubuk hati ini, namamu mekar disanjung tinggi. tahukah dikau, bila aku terpadangkan gambar ini, aku membayangkan dia adalah kamu. yang menantikan ketibaanku sambil membilang pawana yang berhembus. yang menungguku muncul dibalik percikan suria. yang mencariku walau tiada tahu mana titik mulanya. namun yang aku tahu, itu semua bayanganku, yang sentiasa mengharapan ia adalah realiti....
SAYA RELA MENJADI SEORANG YANG KURANG PANDAI DARIPADA MENJADI SEORANG 'GEEK'....
lembaran akhbar hari ini memaparkan Djamal Tukimin diangkat sebagai pensyarah tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. bangga rasanya. anak singa diangkat di seberang tambak walau beliau tidak mempunyai sebarang ijazah. sajian berita ini sekaligus memupuk semangat bagi diri ini untuk meneruskan cita-cita untuk menjadi yang terbaik di dalam sanggang persuratan Melayu!
setiap minggu, lembar warta akhbar menyajikan pelbagai juadah tulisan. namun yang paling mearik perhatian ini adalah ruangan sastera remaja. sangat menyedihkan setiap kali ruangan itu menghias dada akhbar, ruangan komen dari pengelola tidak begitu berkesan. fikirkanlah wahai insan- insan yang bertugas untuk memberi komen; MENGAPA ANDA SERING MEMBERIKAN ULASAN YANG SAMA SAHAJA????!!!!!!!!!!!!! TOLONG BERIKAN KOMEN YANG SEWAJARNYA DAN JANGAN MENGULANGI PUJIAN YANG SIA-SIA SEPERTI "KARYA YANG LAIN DARI YANG LAIN". HEY... ITU ADALAH PUJIAN YANG SIA-SIA. PUJIAN YANG MENYINGGUNG HATI PENULIS-PENULIS YANG LAIN YANG BARU BERTATIH!!!! (geram masih menapak di dada....)
di kota singa yang serba metropolitan ini, ibadah korban dijalankan ke atas kambing-kambing (samada gurun atau biri-biri). oleh kerana pada tahun ini, mother dan ayah melaksanakan ibadah ini, maka aku berpeluang untuk merakamkan keadaan di belakang masjid an-Nahdhah yang salah satu daripada masjid-masjid di kota sibuk ini yang mengadakan ibadah korban. seronok tetapi agak terkilan kerana tidak dapat merakamkan kambing ayah dan mother kerana tiba lewat di masjid tersebut. seusai habis ibadah korban, kami sefamili bersiap untuk ke rumah cik long seperti selalu. seperti selalu juga, mother dan aku akan mengenakan jubah sempena hari raya haji. ayah dan awi mengenakan baju melayu. gambar ini dipetik sewaktu hendak berangkat ke teratak cik long. terpampang wajah ceria kami sempena hari mulia...
bsk hari raya aidiladha@ hari raya korban. tapi mood nak bersajak membuak-buak, entah kenapa. mungkin keadaan yang tengah 'red' ni, jadi mood swing la sikit kan. :D. tambahan pula sangat terkesan dengan sajak dari filem sepi. so sweet even bait-bait katanya sangat mudah. ini yang dinamakan 'sweet n simple'... puisi sepi bisikku pada bulan kembalikan temanku... kekasihku... syurgaku... tanpa dia malam menemani aku sepi memelukku bulan jangan biar siang biar malam ini kelam biar ia sepi sepertiku.... puisi malam malam menemuiku hembusan bayu berbicara cari dirinya dalam sepi setelah berjumpa dengannya usah engkau berlari lagi dia setia menemanimu tiada siapa dapat berganti engkau tidak mungkin kesali sungguh dia setia menemani dan akan ku tagih kasihnya hingga hirupan nafasku yang terakhir... (bilik awi 845pm, 7.12.2008)
Chem: terima kasih kerana menunggu. Heill hanya membalas dengan senyuman. Chem: awak masih memerhatikan Singapore flyer? Heill: (mengangguk) itu adalah cerminan hidup. sekejap kita di bawah, sebentar pula kita di atas. Chem: benar. tapi usah gentar. jika memilih untuk bergayut di luar, alamatnya akan menyusahkan diri sendiri. tidak dapat menikmati pemandangan kota singa yang indah ini. Heill: awak memilih untuk berada di dalam? selesa.. berhawa dingin dan tidak perlu takut? Chem tersenyum. Heill: awak takut berada di luar? jika awak sentiasa berada di dalam kepompong, sampai bila awak hendak mengerti hidup yang sebenar? Chem menyepi. Heill: bisu? atau bersetuju? Chem hanya merenung Singapore flyer dengan bertindih soalan.
pertemuan pertama dengan sahabat 'ahli gossip' sejak pulang dari rantau sangat menyeronokkan. dari melawat durian (the esplanade) hingga ke tongkang (boat quay), puas kami menikmati Singapura. akur, memang terlalu kosmopolitan. tapi inilah hakikatnya. inilah tanah tumpah darahku. aku bangga menjadi seorang anak singa. aku dan woon di dpn durian. (salah focus sbb silau, maka muka kt jauh rabak..) not so sure la apa tu.. :D supreme court ke?? not sure la.. just taking photo in front of the fullerton hotel. nice view with the pigeons kat belakang. looks like in san francisco. :D again.. not sure apa bende alah tu. tapi nampak macam ufo kan?? :D cantik la. package ada dua tongkang kat dpn lagi. dalam MRT. stylo rite amek gambar reflection. LOL.
seronok sekali apabila hari ulang tahun diraikan dengan meriah sekali lagi di kota singa. pesta ulang tahun dilakukan sewaktu seisi keluarga menyewa chalet di Costa Sand, Pasir Ris. namun diri ini akur, menyandang usia 20 tahun, majlis ulang tahun tidak begitu diseronokkan lagi. bagi kanak-kanak yang berada disisi, mereka yang mambantu memeriahkan majlis. terima kasih buat sekali yang meraikan pesta ulang tahun- cum- perkelahan ini..