Chem: terima kasih kerana menunggu.
Heill hanya membalas dengan senyuman.
Chem: awak masih memerhatikan Singapore flyer?
Heill: (mengangguk) itu adalah cerminan hidup. sekejap kita di bawah, sebentar pula kita di atas.
Chem: benar. tapi usah gentar. jika memilih untuk bergayut di luar, alamatnya akan menyusahkan diri sendiri. tidak dapat menikmati pemandangan kota singa yang indah ini.
Heill: awak memilih untuk berada di dalam? selesa.. berhawa dingin dan tidak perlu takut?
Chem tersenyum.
Heill: awak takut berada di luar? jika awak sentiasa berada di dalam kepompong, sampai bila awak hendak mengerti hidup yang sebenar?
Chem menyepi.
Heill: bisu? atau bersetuju?
Chem hanya merenung Singapore flyer dengan bertindih soalan.