Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009
Itu melodi ini Malam sunyi sekali lagi sepi Melodi itu mengiring sunyi Maka sunyi menjadi melodi Adakah aku keliru? Keliru itu sememangnya aku. Dalam aku punca keliru Maka melodi menjadi aku Dan siapa pula kamu? Oh… kamu adalah sunyi. Oleh kerana sunyi dan melodi bersatu Maka perpisahan adalah aku dan kamu.
bayu petang itu lembut berhembus. suri, gadis manis mengintai bianglala lewat jendela kayu terataknya. di sampingnya, punya potret seorang satria. itu impiannya. itu harapannya. satria gagah itu punya aura yang terlalu istimewa, hingga tak lalu makan suri dibuatnya, hingga tak kenyang lena suri jadinya. Ah.. suri terlalu mengagumi satria itu. namun tahu dirinya tidak mampu menggapai bintang. bagaimana ya harus suri nyatakan pada segara? tahu mahunya pada sang satria, namun tahu angannya takkan sampai. jadi, sudahnya suri berdiam diri. merenung satria dari jauh, sudah azmat nikmatnya. iya, suri terpaksa menyeksa diri. untuk apa diharap pada yang mungkin digarapi.
jemala sentiasa terukir ilham tatkala malam menyahut buana. puspita sari masih ditemani bayu gelita walau seperut teratak sudah melangkah ke alam mimpi. berteman kalbu yang pedih, puspita sari mengukir rasa pada pasir putih. mungkin merah terlalu garang, maka sang puspita menjadi sayu. tidak diketahui pada musykilnya..iya, puspita terlalu hiba. aduka pujangga memang bukan miliknya, namun sonder sekali mahu menerimanya. sang puspita terlalu hiba. ingin sekali dia berlari merentas samudera, melawan buas pawana. asalkan sakit di nubarinya lekas sembuh. lakrinya terlalu erat.. tangisan tersangat sepi. wahai puspita sari, buangkan aduka pujangga jauh-jauh dari jiwamu!